nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UPM Nafi Buat Kajian Kucing Pembawa COVID-19

27 MEI: Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menafikan pihaknya membuat kajian haiwan peliharaan seperti kucing boleh membawa virus COVID-19 dan disebarkan kepada manusia.

Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Prof Dr Abdul Rahman Omar, berkata mesej yang tular mengenai kajian tersebut adalah tidak benar sama sekali dan ia dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, objektif utama kajian berkenaan adalah bagi mengetahui sekiranya haiwan peliharaan seperti kucing boleh dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka.

“Sampel yang diambil daripada kucing ialah calitan hidung, mulut, rektum dan darah. Pemilik kucing juga diminta menjawab kajian soal selidik mengenai sejarah penyakit COVID-19 yang mereka hadapi berserta maklumat mengenai haiwan dan cara pengendaliannya. 

“Hasil kajian ini digunakan sebagai panduan atau cadangan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 daripada pemilik haiwan kepada kucing mereka,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman memberitahu, sehingga kini masih tiada bukti saintifik mengaitkan kucing atau sebarang haiwan peliharaan sebagai penyebar virus COVID-19 kepada manusia atau haiwan lain.

Justeru, beliau menggesa orang ramai termasuk pemilik dan pencinta haiwan supaya tidak terburu-buru membuat kesimpulan berdasarkan mesej yang diterima.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat menghentikan sebaran mesej itu kerana ia adalah salah dan bertentangan dengan tujuan sebenar kajian yang pihak kami jalankan. 

“Kajian itu mendapat penyertaan daripada pesakit COVID-19 dan ia sudah ditutup pada 23 Mei lalu. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukan terus kepada Ketua Projek, Dr Farina Mustaffa Kamal menerusi emel farina@upm.edu.my,” katanya. 

Terdahulu, tular mesej mendakwa UPM sudah mula membuat kajian kerana semakin ramai yang memelihara kucing dijangkiti penyakit COVID-19.

Universiti tersebut didakwa kononnya mahu mendapatkan bukti kucing jadi pembawa virus COVID-19 dan disebarkan kepada manusia. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.