nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sarawak ambil langkah tepat laksana PKP bendung COVID-19

28 MEI : Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak selama 14 hari, bermula esok dianggap usaha terbaik bagi mengelakkan situasi COVID-19 menjadi lebih teruk dan tidak terkawal.

Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Kuching (PEDULI), Hud Andri Zulkarnaen, berkata inisiatif diambil kerajaan itu bertepatan dengan permintaan dan desakan badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan memandangkan kes pandemik terbabit semakin tinggi di Sarawak.

“Pelaksanaan PKP ini memang tepat pun, tetapi masalahnya lambat dimulakan kerana kita sudah minta arahan terbabit dibuat ketika kes mencecah 500.

“Bagi kami, jika PKP ini diumumkan lebih awal, kemungkinan kes mampu dikurangkan menjelang sambutan Gawai, jadi rakyat Sarawak yang meraikan antara sambutan perayaan utama ini, lebih teruja dan seronok.

“Bagaimanapun, kami menyokong tindakan kerajaan melaksanakan PKP dan semoga usaha ini mampu menurunkan jumlah kes, sekali gus membendung COVID-19,” katanya ketika dihubungi PN BBC, hari ini.

Hud Andri berkata, dalam pelaksanaan arahan itu, penguatkuasaan lebih berkesan perlu dikenakan kepada individu yang sengaja tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Bukan kita mahu saman dibuat tanpa budi bicara, tetapi bagi PEDULI, tindakan terhadap mereka yang sengaja melakukan kesalahan itu, harus dikenakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hud Andri berkata, rakyat Sarawak dinasihat untuk bersama-sama bertanggungjawab mematuhi SOP sebaiknya bagi memastikan usaha kerajaan dan semua pihak bagi membendung pandemik terbabit membuahkan hasil.

“Saya mahu nasihatkan kepada rakyat Sarawak, jaga SOP, itu sahaja, jangan keluar rumah, jangan berjalan sesuka hati.

“Jika mereka tidak mematuhi SOP bagaimana COVID-19 boleh dihapuskan dan sekiranya mereka mahu keadaan kembali pulih seperti sediakala, kena patuh arahan terbabit seperti ditetapkan kerajaan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengumumkan kerajaan melaksanakan PKP di seluruh Sarawak berkuatkuasa 29 Mei sehingga 11 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata, keputusan berkenaan diambil selepas mengambil kira situasi COVID-19 yang semakin meruncing dan varian baharu virus, sekali gus bagi mengelakkan situasi pandemik terbabit menjadi lebih teruk di Sarawak. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.