nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes baharu boleh meningkat hingga 2,000 Sehari – Noor Hisham

30 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan Malaysia boleh mencapai kenaikan 1,000 hingga 2,000 kes baharu sehari jika orang ramai masih berdegil tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan kendiri. 

Pengarahnya, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara terkini adalah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari menunjukkan tren kenaikan yang mendadak secara exponential. 

“Kenaikan 1,000 sehingga 2,000 kes baharu sehari adalah tidak mustahil. Kita telah melihat jumlah kes kematian tertinggi harian iaitu sebanyak 98 kes pada 29 Mei 2021 akibat COVID-19. Situasi ini juga mungkin akan berterusan dan tidak mustahil boleh terus meningkat lagi.

DR NOOR HISHAM

“Penularan COVID-19 semakin meruncing. Jumlah katil di Unit Rawatan Rapi, hospital-hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan berkemungkinan tidak mencukupi. 

“KKM juga telah memberi amaran kemungkinan berlaku situasi di mana para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah, “katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, hari ini. 

Justeru, dalam situasi sukar yang mendepani semua, Noor Hisham menyeru semua pihak agar bersama berganding bahu bagi menghadapi peningkatan COVID-19 yang semakin membimbangkan. 

“Semua pihak perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab, tidak kira Kerajaan, agensi-agensi berkaitan dan juga rakyat secara keseluruhannya,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kadar jangkitan COVID-19 hari ini mencatatkan penyusutan sebanyak 22.4 peratus, iaitu 6,999 kes berbanding angka tertinggi, 9,020 kes semalam.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 6,995 membabitkan kes tempatan dan empat lagi merupakan kes import.

“Kes kematian juga turut mencatatkan penurunan iaitu hanya 78 kes kematian setakat jam 12 tengah hari berbanding 98 kes yang merupakan rekod tertinggi kematian harian yang pernah dicapai.

“Semua 79 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing 15 kes di Selangor dan Negeri Sembilan, 13 kes di Kedah, 12 kes di Johor, lima kes di Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Terengganu dan Melaka. 

“Selain itu, masing-masing tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, dua kes di Sabah, dan masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Perak, dan Pahang, “katanya. 

Sementara itu, Noor Hisham menambah jumlah kes sembuh baharu dilaporkan sebanyak 5,121 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat pandemik itu melonjak kepada 484, 787 atau 85. 72 peratus daripada keseluruhan kes.

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 846 orang termasuk dan 419 yang memerlukan bantuan pernafasan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 78,017 atau bersamaan 13. 80 peratus,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.