nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BPR tambahan bernilai RM2.1 bilion dibayar akhir Jun ini

31 MEI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar bantuan di bawah program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Muhyiddin berkata kerajaan berbuat demikian kerana mahu terus mengutamakan agenda prihatin rakyat bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rentan dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

“Berikutan itu, Perdana Menteri berkata isi rumah yang mempunyai berpendapatan bawah RM2,500 bakal menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 manakala isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300 dan orang bujang pula akan menerima RM100.

“BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun nanti. Bayaran ini adalah tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR September kelak sebanyak RM2.4 bilion,” katanya dalam perutusan khas  disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini, sebentar tadi.

MUHYIDDIN

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau juga mendengar permintaan rakyat supaya kerajaan menimbang semula pemberian moratorium dan hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

Oleh itu, Muhyiddin berkata bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan.

Beliau berkata inisiatif berkenaan akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.

“Kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan 1 bilion ringgit. Melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

“Saya menyarankan supaya agensi dan syarikat Kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan. Pihak MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.

“Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium. Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 bilion  dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh kerajaan.

Tambah Muhyiddin, kemudahan berkenaan akan memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja dari lebih 200,000 majikan di seluruh negara.

“Majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021.

“Pada masa yang sama, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiH secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.