nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pharmaniaga bekal 7 juta dos vaksin langkah baik

2 JUN: Langkah kerajaan memberikan kebenaran kepada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) membekalkan tujuh juta dos vaksin Sinovac untuk organisasi swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri yang memohon pembeliannya, disifatkan sebagai usaha baik dalam membantu mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kebenaran itu juga membolehkan lebih ramai individu divaksinasi dalam tempoh ditetapkan.

“Usaha kerajaan ini baik, sebagai contoh di organisasi swasta ada ramai pekerja, mereka ini tidak tahu berapa lama perlu menunggu giliran mendapatkan imunisasi, jadi kalau syarikat swasta boleh membeli vaksin ini, majikan boleh menyampaikannnya kepada kumpulan sasar mereka.

“Penyampaian ini membuatkan pekerja mereka lebih segera divaksin, malah membantu mempercepatkan dan melancarkan program imunisasi dilaksanakan kerajaan kepada rakyat yang lama menunggu,” katanya ketika dihubungi Portal PN BBC, hari ini.

LAM THYE

Lam Thye berkata, dalam usaha mempercepatkan PICK juga, beliau mencadangkan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka di seluruh negara, termasuk di kawasan pedalaman dan sukar mendapatkan akses pengangkutan, bagi memudahkan komuniti sekitarnya menerima vaksin, terutama membabitkan golongan rentan.

“Lebih banyak PPV perlu diwujudkan untuk memberikan vaksin kepada masyarakat dan golongan rentan, terutama warga emas kerana apa yang saya tahu masih ramai mereka ini menunggu vaksin.

“Saya rasa daripada memfokuskan kepada membuka lebih banyak PPV mega di peringkat negeri, baiklah pusat ini diwujudkan di daerah, klinik kesihatan kerajaan dan klinik swasta seluruh Malaysia, jadi lebih mudah komuniti setempat hadir di PPV berhampiran rumah mereka,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa kerajaan Pusat supaya memberikan kebenaran kepada organisasi swasta, GLC dan kerajaan negeri membeli vaksin daripada Pharmaniaga, bagi mempercepatkan usaha pemberian vaksinasi kepada rakyat di bawah PICK.

Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat juga meminta kerajaan menimbangkan untuk membenarkan kemudahan kesihatan swasta membeli dan melaksanakan suntikan vaksin COVID-19 ke atas mereka yang mampu membayar kos itu, bertujuan mempercepatkan pencapaian sasaran 80 peratus penduduk Malaysia menerima imunisasi pandemik terbabit.

Jelasnya pertubuhan itu, tempoh menunggu lama bagi golongan tidak berisiko tinggi serta kewujudan kumpulan antivaksin dan pengkritik, selain kelelahan masyarakat akibat terlalu lama mengharungi pandemik ini, boleh mencetuskan keraguan terhadap kemampuan kerajaan memberikan imunisasi kepada 9.4 juta penduduk.

Justeru, semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberikan kebenaran kepada Pharmaniaga untuk membekalkan tujuh juta dos vaksin terbabit secepat mungkin, seperti permohonan pihak berkenaan untuk membelinya secara terus.

Katanya, setakat ini, kerajaan menerima permohonan membabitkan empat juta dos vaksin daripada pihak swasta dan GLC, manakala tiga juta dos vaksin yang dimohon kerajaan negeri. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.