nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

6 kanak-kanak maut angkara COVID-19

3 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak enam kematian kanak-kanak di bawah lima tahun akibat wabak COVID-19 sejak penularan wabak tersebut sehingga 31 Mei lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku pada tahun 2020 manakala bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga kematian dalam lima bulan pertama bagi tahun 2021.

“Selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan kes di mana enam daripadanya berumur bawah lima tahun. 

“Manakala bagi tahun 2021 sehingga Mei 2021, sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah lima tahun,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

NOOR HISHAM

Justeru, Noor Hisham mengharapkan agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti  bayi dan kanak-kanak. 

“Ini perlu dilakukan oleh pelbagai pihak agar mereka terhindar dari virus COVID-19. Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak,” katanya. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan Malaysia hari ini merekodkan kes sembuh COVID-19 tertinggi sejak wabak terbabit melanda negara ini iaitu 7,089 kes, menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini sebanyak 508,947 atau 85.48 peratus daripada keseluruhan kes. 

Beliau berkata kes aktif pada hari ini turut meningkat kepada 83,331 berbanding semalam, iaitu 82,274 kes. 

“Walaupun mencatatkan kes tiga angka dua hari berturut-turut, namun kes kematian COVID-19 merekodkan penurunan hari ini sebanyak 103 berbanding semalam 126 kes.

“Kematian hari ini melibatkan 94 rakyat tempatan serta sembilan warga asing dan daripada jumlah itu 26 kes melibatkan Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan kes di Sarawak dan Kelantan, dan tujuh kes di Sabah. 

“Selain itu, masing-masing enam kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing empat kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua kes di Melaka dan Pahang, serta satu kes di Perak,” katanya. 

Tambah beliau, kes baharu hari ini turut mencatatkan peningkatan iaitu 8,209 dan daripada jumlah itu, 8,145 kes daripada adalah kes tempatan manakala 64 merupakan kes import. 

“Jumlah kes yang berada di ICU ketika ini pula adalah seramai 880 orang termasuk dan 446 yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 24 kluster baharu dilaporkan hari ini dan daripada jumlah itu, 19 adalah kluster berkaitan tempat kerja, empat kluster komuniti dan satu kluster pendidikan lain.

Menurut beliau, Selangor merekodkan jumlah tertinggi kluster tempat kerja iaitu lima kluster di Tapak Bina Bandar Sunsuria, Tapak Bina Jalan Wawasan, Tapak Bina Persiaran Bukit Raja, Jalan Manan Dua dan Taman Sentosa. 

“Selain itu, empat daripadanya adalah di Johor iaitu di Jalan Flora Utama, Jalan Angkasa Mas Satu, Jalan Murni Lapan dan Jalan Paya. Terdapat dua kluster tempat kerja di Kelantan iaitu di Jalan Sri Aman serta Jalan 4A Padang Tembak manakala jumlah yang sama di Pulau Pinang iaitu di Industri Perai Empat dan Jalan Pasar Bukit Mertajam. 

“Manakala empat lagi kluster tempat kerja terletak di Jalan Coastal Sembulan, Sabah; Jalan Tembaga Kuning, Perak; Industri Gebeng, Pahang dan Putra Empat di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Bagi kluster komuniti, dua darinya terletak di Pahang iaitu Kampung Mat Daling serta Batu Hitam di samping selebihnya terletak di Sungai Selangan, Sarawak serta Jalan Cenda di Johor manakala Jalan Damai Budi merupakan kluster baharu pendidikan lain,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.