nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kualiti perkhidmatan kurier menurun – Saifuddin

3 JUN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan kualiti perkhidmatan kurier menurun dengan ketara antara tempoh akhir 2019 sehingga 2020.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata SKMM juga mendapati sebahagian besar atau 86 peratus aduan diterima daripada pengguna adalah membabitkan layanan buruk, kelewatan penghantaran dan kehilangan barang.

“Purata tempoh penghantaran meningkat daripada 2.1 hari kepada 4.6 hari. Tambah mengejutkan, kadar keuntungan syarikat-syarikat kurier merosot walaupun penghantaran bertambah.

SAIFUDDIN

“Keadaan ini menunjukkan perkembangan yang tidak sihat dan memerlukan satu anjakan yang menyeluruh,” katanya dalam sidang akhbar secara maya prestasi pos dan kurier secara maya hari ini..

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, bagi memastikan industri kurier memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada pengguna, pelan tindakan Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) diperkenalkan.

Beliau berkata, NPCIL amat penting bagi pelaksanaan pelan pembangunan ekonomi digital yang berdasarkan kepada pencapaian empat matlamat yang diringkaskan sebagai 4R iaitu reliability (boleh dipercayai), reach (liputan), relevance (relevan) dan resilient (daya tahan).

Saifuddin berkata beliau percaya Matlamat 4R, akan menyumbang kepada aspirasi nasional industri kurier iaitu menyediakan perkhidmatan kelas pertama kepada pengguna, memperkemaskan integrasi sistem penyampaian hiliran dan memberikan pengalaman pengguna yang memuaskan.

“Pelaksanaan pelan tindakan ini yang diberi nama Pelan Accelerator Kurier Negara akan melihat beberapa perkara antaranya pengenalan lebih banyak Pusat Pungutan dan Serahan bebas.

“Perkongsian aset antara syarikat kurier, rombakan syarat lesen operasi, kenderaan penghantaran yang lebih ekonomi, pemakluman dan pematuhan kepada piagam tempoh penghantaran serta penawaran insurans dan mengadakan perkhidmatan premium,”katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.