nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MITI bukan penentu tunggal operasi sektor perkhidmatan

3 JUN: Menteri Kanan, Datuk Seri Azmin Ali, memaklumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bukan penentu tunggal dalam memutuskan sesuatu sektor perniagaan sebagai penting atau sebaliknya.

Beliau berkata, surat kebenaran beroperasi diberikan melalui COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) hanya dikeluarkan selepas kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor dibenarkan beroperasi, memberi pengesahan kepada MITI.

Katanya, sehingga kini, 15 kementerian sudah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

“Selepas kementerian mengesahkan permohonan itu, syarikat berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0.

“Namun, terdapat juga beberapa kementerian seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menggunakan sistem kelulusan kebenaran bekerja diselaras MAFI.

“Kementerian Pengangkutan turut menggunakan sistem dalaman Sistem SMILE (Sistem Maklumat Industri Logistik) bagi tujuan yang sama, maka surat kelulusan untuk beroperasi bukan sahaja dikeluarkan MITI,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azmin berkata, dengan kewujudan dan pelaksanaan sistem bersepadu seperti itu, terbukti lebih berkesan untuk kumpulan sasaran masing-masing.

Setakat ini, katanya, sebanyak 586,308 permohonan dengan 10.2 juta pekerja sudah berdaftar dengan CIMS dan hanya 128,150 surat kebenaran beroperasi dicetak melaluinya, membabitkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia.

Mengenai aduan dan dakwaan bahawa CIMS 3.0 dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi, Azmin berkata, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan.

“MITI melalui unit penguatkuasaan bersama dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain akan terus memantau dan mengawal pelaksanaan SOP PKP 3.0,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.