nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO Lancar Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin

3 JUN: Biro Kebajikan UMNO telah menggerakkan Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin sebagai usaha bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza kira-kira tiga minggu lagi. 

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, UMNO juga tidak lupa melaksanakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di sana yang terkesan akibat kemusnahan selepas serangan rejim Israel baru-baru ini.

“UMNO dalam perancangan dan sedang menguruskan misi bantuan ke Gaza yang dijangka berlepas tiga minggu lagi bagi membawa bekalan perubatan dan pelbagai bantuan lain.

ABDUL AZEEZ

“Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh dalam perbincangan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dimaklumkan mengenai beberapa bantuan khususnya ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang berkaitan dengan ortopedik akan disalurkan ke sana,” katanya menerusi sidang media yang disiarkan menerusi Facebook UMNO Online, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memaklumkan, misi bantuan berkenaan juga sudah mendapat restu kesemua MKT dan pucuk pimpinan parti. 

Menurut beliau, walaupun sumbangan kali ini amat berbeza, namun semua anggota yang menyertai misi ini akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan sama ada di dalam dan luar negara.

“Perancangan dan persediaan, langkah-langkah telah diambil dengan persediaan dari segi kesihatan dan teknikal. Suntikan vaksin kepada peserta juga telah dibuat dan bukan hanya vaksin untuk COVID-19 tetapi ada juga vaksin-vaksin lain. Antara peserta misi kali ini melibatkan pegawai perubatan yang hampir 50 orang.

“Anggaran kita berada di Gaza dalam 14 hari dengan anggota misi akan bergerak berdasarkan kepada kepakaran masing-masing misalnya para doktor akan ditempatkan di hospital-hospital dan yang lain di tempat berbeza.

“Kali ini pergerakan berlainan kerana mereka juga minta tolong berkaitan pelajar-pelajar yang belajar di universiti tempatan untuk minta bayarkan yuran pengajian lantaran ahli keluarga mereka yang telah terkorban…nama-nama sudah ada 15 orang dan senarai masih lagi dikumpulkan,” katanya. 

Justeru, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Baling berkata, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak yang mahu menyumbang boleh menghubungi Biro Kebajikan UMNO bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan berharap doa dari rakyat agar mendoakan keselamatan beliau dan pasukannya di Palestin. 

“MKT juga telah melancarkan tabung khusus untuk misi bantuan kemanusiaan Palestin. Ini menandakan betapa UMNO begitu cakna dengan perkembangan dan kebajikan umat Islam khususnya di Palestin. 

“Semoga misi ini mendapat sokongan dari semua pihak tanpa melihat kepada perbezaan politik kerana matlamat utama adalah membantu penduduk Palestin. Walaupun negara kecil, tetapi rakyat Malaysia berjiwa besar dan sentiasa menghulurkan sumbangan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.