nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD: Tiga lokaliti di Sabah,satu lokaliti di Perak

7 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di lima lokaliti di Tawau, Sabah selama 14 hari, bermula lusa.

Lokaliti itu adalah Kampung Tanjung Batu Darat, Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah, Taman Megah Jaya dan Jalan Budi, Sri Tanjung.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 10 kes positif di Kampung Tanjung Batu Darat, manakala di Taman Apas Permai sebanyak 18 kes, Bandar Sri Indah (36), Taman Megah Jaya (14) dan Jalan Budi, Sri Tanjung (10). 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di lima lokaliti yang dinyatakan berkuatkuasa 9 Jun sehingga 22 Jun 2021.

“PKPD ini bagi menyekat pergerakan keluar masuk ke lokaliti terbabit, sekali gus mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke komuniti lain,” katanya menerusi kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Taman Perdana, Lahad Datu, Sabah selama dua minggu, bermula lusa.

“Sehingga kini, KKM melaporkan sebanyak lapan kes positif hasil daripada 66 ujian saringan dijalankan di lokaliti itu dengan kadar positiviti 12.1 peratus,” ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD dilaksanakan di Kampung Narandang, Kudat, Sabah selama 14 hari, bermula lusa setelah KKM melaporkan sebanyak 16 kes positif daripada 31 ujian saringan yang dijalankan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Narandang, Kudat, Sabah berkuatkuasa 9 Jun sehingga 22 Jun 2021,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismai Sabri berkata, pelaksanaan PKPD juga dikenakan di Politeknik Sultan Azlan Shah, Mualim, Perak selama dua minggu, bermula lusa.

“Sebanyak 37 kes positif direkodkan daripada 173 ujian saringan dijalankan KKM di lokaliti terbabit dengan kadar positiviti 21.4% peratus,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.