nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis Kelantan rampas dadah RM8.67 juta

9 JUN: Taktik sindiket pengedaran dadah menjadikan rumah kosong sebagai stor penyimpanan bahan terlarang berkenaan terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 41 kilogram (kg) dadah dipercayai syabu dan 720,000 biji pil yaba dengan nilai keseluruhan RM8.67 juta di sebuah kediaman di Kampung Jeram Perdah, Rantau Panjang, kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), Datuk Kasuahdi Ali, berkata dadah berkenaan dirampas dalam serbuan Op Benteng COVID-19 membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Batalion 8 PGA di sebuah rumah kosong di kampung terbabit kira-kira jam 4.30 petang.

Kasuahdi berkata pihaknya juga menunggu selama empat jam sehingga suspek memasuki rumah terbabit sebelum melakukan serbuan dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.

“Hasil serbuan, PGA menemui lapan bungkusan plastik hitam diletakkan di dapur rumah mengandungi 41kg dadah dipercayai syabu bernilai RM1.47 juta dan 720,000 biji pil kuda bernilai RM7.2 juta.

“Bekalan dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran sebelum dihantar ke sekitar Pantai Timur untuk pil yaba, manakala syabu dihantar untuk pasaran Lembah Klang dan Johor,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar.

Dalam pada itu, Kasuahdi berkata, siasatan lanjut terhadap lelaki berkenaan masih dijalankan sama ada ia berperanan sebagai ‘keldai dadah’ atau tauke sindiket.

Kasuahdi berkata, suspek yang mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah ditahan reman seminggu bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan juga mendapati, kediaman diserbu itu disyaki milik kakak suspek, namun siasatan terperinci masih dijalankan.

“Jumlah dadah jenis syabu dirampas boleh digunakan 410,000 penagih, manakala pil kuda pula boleh digunakan untuk 144,000 penagih.

“Kita akui walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sindiket pengedaran dadah masih mengambil peluang dan kita akan perketatkan kawalan sempadan bagi mengekang kegiatan itu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.