nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD beberapa lokaliti di Sabah,1 di Negeri Sembilan,Pahang

12 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah selama 14 hari, bermula lusa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu dikenakan selepas kerajaan membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, susulan berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti terbabit.

Jelasnya, PKPD itu bagi memutuskan rantaian jangkitan dengan menghalang pergerakan masuk individu luar ke dalam kawasan berkenaan. 

“PKPD di Negeri Sembilan yang membabitkan Kampung Lakai, Jelebu, dilaksanakan apabila 92 daripada 369 ujian saringan dijalankan KKM dilaporkan positif COVID-19.

“Manakala di Pahang, PKPD dikenakan di beberapa kawasan di Kampung Raja, Cameron Highlands, iaitu Sungai Ikan, Blue Valley, Taman Matahari Cerah, Taman Desa Corina dan Kampung Baru Kampung Raja selepas KKM melaporkan sebanyak 29 kes dikesan dalam tempoh dua minggu di lokaliti terbabit,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, PKPD di Sabah membabitkan Kampung Indah, Nabawan selepas sehingga kini, berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak sembilan kes positif dilaporkan daripada 31 ujian saringan dijalankan KKM. 

PKPD turut dikenakan di Kampung Manggis, Kuala Penyu, Sabah selepas berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak tujuh kes positif dilaporkan daripada 11 ujian saringan dijalankan KKM, ujar lagi.

Pada masa sama, PKPD di negeri berkenaan juga dilaksanakan di dua lokaliti di Tawau, iaitu Taman Kinabutan Ria  dan Simpang Inderasabah.

“Sehingga kini, sebanyak sembilan daripada 17 ujian saringan dijalankan di Taman Kinabutan Ria dilaporkan positif dan di Simpang Inderasabah 11 daripada 12 ujian saringan dijalankan didapati positif,” katanya.

PKPD di Kampung Baru (SFI), Sipitang, Sabah pula menurut beliau dikenakan selepas sehingga kini sebanyak 29 kes positif dilaporkan daripada 46 ujian saringan dijalankan KKM. 

“Di Sabah PKPD turut dilaksanakan di dua lokaliti di Kota Belud, iaitu Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan selepas KKM mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 12 kes dikesan dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di kedua-dua lokaliti terbabit,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.