nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktiviti Berbasikal Dilarang Ketika PKP Penuh 3.0

15 JUN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan aktiviti berbasikal dilarang sama sekali, manakala untuk joging dan bersenam, hanya dibenarkan di kawasan kejiranan tempat tinggal sendiri sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perkara itu dimaklumkan KBS menerusi kenyataan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sukan dan rekreasi sepanjang tempoh pergerakan kawalan penuh dilaksanakan. 

KBS memaklumkan, mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), larangan dan SOP diperketatkan berikutan aktiviti sukan dan rekreasi secara tidak terkawal boleh mendedahkan individu berkenaan kepada jangkitan COVID-19. 

“Berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara, hanya aktiviti sukan dan rekreasi secara individu sahaja dibenarkan.

“Aktiviti itu ialah joging dan senaman. Mereka perlu mematuhi SOP ditetapkan iaitu tanpa bersentuahan fizikal, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter dan dilakukan di kawasan kejiranan bermula jam 7 pagi hingga 8 malam,” katanya kenyataan hantaran di Facebook milik Kementerian itu, hari ini. 

Dalam pada itu KBS berkata kementerian amat prihatin dan memahami keresahan penggiat industri sukan dan rekreaksi, tetapi keputusan itu terpaksa diambil bagi memastikan usaha KKM dalam melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 dapat direalisasikan dengan efektif.

Mengenai larangan aktiviti berbasikal, KBS menyatakan, keputusan itu bersifat sementara sehingga situasi pandemik COVID-19 berada dalam keadaan yang mengizinkan.

“Kementerian meletakkan komitmen utama dalam usaha memastikan semua aktiviti sukan dan rekreasi kembali aktif, dengan sama-sama membantu kerajaan memerangi penularan wabak COVID-19.

“Kementerian amat yakin pemegang taruh sektor sukan dan rekreasi amat berdisiplin dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi termasuk bagi aktiviti berbasikal.
“Bagaimanapun, salah satu strategi untuk melandaikan lengkung jangkitan adalah menerusi kawalan pergerakan dalam kalangan masyarakat,” katanya. 

Sementara itu, mengenai aktiviti senaman yang dibenarkan, KBS memberitahu, ia adalah berbentuk kecergasan kendiri, setempat dan dilakukan secara individu tanpa bersentuhan fizikal.

“Kaedahnya ialah seperti regangan, kelenturan, bebanan, lari setempat, lompat tali, lompat bintang dan lain-lain yang bersesuaian, malah perlu dilakukan secara individu, setempat, terkawal dan di kawasan terbuka serta kawasan kejiranan.

“Keputusan ini dibuat MKN bagi mengehadkan pergerakan orang ramai dan disarankan untuk terus pulang ke kediaman setelah selesai bersukan.

“Bagi mengekalkan kecerdasan dan kesihatan, orang ramai dibenarkan untuk melakukan aktiviti ini bermula jam 7 pagi hingga 8 malam,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.