nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD di 6 daerah di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak

16 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) akan dilaksanakan di enam daerah di tiga negeri, iaitu Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak selama 14 hari, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan itu dikenakan selepas kerajaan membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, pelaksanaan itu bagi memastikan penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan berkenaan.

“PKPD di Kuala Lumpur dikenakan di Perumahan Awam Desa Rejang selepas KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes amat ketara dalam masa singkat apabila 264 kes positif direkodkan hasil daripada 3,512 saringan dengan kadar positiviti 7.52 peratus.

ISMAIL SABRI

“Manakala, PKPD di Sarawak dikenakan di Kampung Serikin, Bau, Kuching, Sarawak apabila sehingga kini, sebanyak 20 kes positif direkodkan daripada 83 ujian saringan dijalankan KKM dengan kadar positiviti 24.1 peratus di lokaliti berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD, hari ini.

Pelaksanaan PKPD di Sabah, katanya dikenakan di empat daerah, iaitu dua di Tawau dan masing-masing satu di Lahad Datu serta Kudat.

Arahan di Tawau dikenakan di Kampung Bukit Gemuk dan Kampung Tanjung Batu Keramat selepas KKM mendapati kes meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti terbabit.

“Sebanyak lapan kes positif direkodkan daripada 13 ujian saringan dijalankan KKM dengan kadar positiviti 61.54 peratus di Kampung Bukit Gemuk, manakala di Kampung Tanjung Batu Keramat, sebanyak  14 daripada 22 ujian saringan didapati positif dengan kadar positiviti 63.64 peratus,” katanya.

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dikenakan di Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu, Sabah selepas sebanyak 15 kes positif COVID-19 direkodkan hasil daripada 51 ujian saringan dijalankan KKM dengan kadar positiviti 29.41 peratus, malah kes didapati meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di situ.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD turut dikenakan di dua lokaliti di Kudat, iaitu Kampung Landung Ayang dan Taman Lavender.

“Dua lokaliti ini dikenakan PKPD selepas sehingga kini KKM menjalankan 65 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 17 kes positif direkodkan di Kampung Landung Ayang, manakala di Taman Lavender, 10 kes positif dikesan selepas 27 individu disaring di lokaliti itu,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.