nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Fokus Bincang isu COVID-19 di Parlimen seperti saranan Agong

17 JUN: Semua Ahli Parlimen harus memberi tumpuan kepada saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang mahu peranan Parlimen menjadi platform penting untuk mereka membincangkan pelbagai isu, terutama COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan sedia menerima pandangan daripada pembangkang pada sidang Parlimen, asalkan tertumpu kepada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara bagi menangani pandemik terbabit.

“Yang di-Pertuan Agong titah bincang isu COVID-19, jadi kita fokus tentang COVID-19. Kerajaan sedia terima pandangan dan saranan daripada pembangkang sekali pun.

“Tuanku tidak titah perkara lain. Jangan nanti bila sampai Parlimen…macam biasa, kita tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Bicara Harakah secara langsung diadakan menerusi media sosial, semalam sebagai merujuk kepada usaha pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda untuk melaksanakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai pandangan Seri Paduka Baginda supaya Parlimen bersidang secepat mungkin, Takiyuddin berkata perkara itu adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa Parlimen boleh bersidang sekitar September atau Oktober.

“Perkataan digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong adalah ‘persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin’.

“Yang di-Pertuan Agong pun tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu, sebaliknya secepat mungkin, malah Perdana Menteri kata pun September atau Oktober. Sekarang kita dah hampir penghujung Jun.

“Selepas ini Julai, Ogos, September, ya sudah hampir. Pasti persidangan akan diadakan,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin melaporkan bahawa sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut menyuarakan tekad untuk terus mendukung prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menjadi teras kedaulatan Malaysia.

Dalam kenyataan dikeluarkan istana semalam, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Pandangan itu dititah baginda selepas memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan, selain hasil Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.