nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perlis benar ibadah korban

19 JUN: Perlis benarkan semua masjid di negeri berkenaan menjalankan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah pelaksanaan ibadah korban oleh jabatan atau agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) pula adalah tertakluk kepada keadaan penularan dan perkembangan wabak semasa.

“Pelaksanaan ibadah korban seperti penyembelihan haiwan korban hanya boleh dilakukan di kawasan berikut iaitu rumah sembelihan milik kerajaan atau swasta, masjid dan premis presendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs),” titahnya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

TUANKU SYED FAIZUDDIN

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) bertitah, pada masa sama surau dan sekolah agama tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti ibadah korban buat masa ini.

“Tiada aktiviti jamuan atau kenduri yang dibenarkan sebagai langkah kawalan memandangkan suasana penularan pandemik COVID-19 masih di tahap yang membimbangkan.

“Pihak yang bercadang untuk mengelola ibadah korban di negeri Perlis hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Ibadah Korban Tahun 1442H/2021M Negeri Perlis kepada Bahagian Dakwah dan Takmir JAIPs selewat-lewatnya tujuh hari dari tarikh 10 Zulhijah 1442H.

“Pihak yang mengelola dan menghadiri pelaksanaan ibadah korban, diminta supaya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai langkah pencegahan.

“Pemakluman berkaitan perincian SOP pelaksanaan ibadah korban dan borang akan dimaklumkan kelak serta bergantung kepada keadaan penularan dan perkembangan semasa,” titahnya lagi.

Baginda turut bertitah, sebagai langkah persediaan untuk solat Aidiladha di tanah lapang, pengurusan masjid adalah diminta untuk melaksanakan persiapan awal dan mengambil langkah proaktif.

“Harapan beta agar aktiviti pengimarahan berkaitan Aidiladha dapat dibenarkan kepada semaksimum mungkin jemaah.

“Namun begitu, buat masa ini MAIPs sedang mempertimbangkan keutamaan kepada mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk menyertai aktiviti pengimarahan Aidiladha, selain dapat diizinkan menyertai solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan aktiviti lain di masjid kelak,” katanya.

Baginda mengharapkan, agar seluruh rakyat terus mematuhi setiap ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan juga kerajaan.

Aidiladha pada tahun ini dijangka disambut pada 20 Julai hadapan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.