nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polemik sidang Parlimen cubaan mempolitikkan institusi Raja-Raja

22 JUN: Beberapa tafsiran berbeza berhubung pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Parlimen bersidang segera, kini seolah-olah menyaksikan wujud cubaan mempolitikkan institusi Raja-Raja.

Penganalisis Politik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah berkata, pandangan itu sebenarnya bermaksud Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu bersetuju memberikan semula kata putus mengenai tempoh persidangan semula Parlimen kepada Perdana Menteri.

“Kita nampak ada beberapa tafsiran daripada kenyataan dibuat Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berhubung pandangan dizahirkan Agong supaya Parlimen bersidang segera, jadi segera ini dibuat tafsiran secara meluas.

“Ada menyifatkan tafsiran bersidang segera itu adalah hari ini, ada kata apabila kes COVID-19 sudah dapat dilatarkan, justeru saya melihat situasi ‘perdebatan’ yang berlaku ini adalah cubaan untuk mempolitikkan lagi institusi dan Agong,” katanya ketika dihubungi Portal PN BBC, hari ini.

Mohd Azmir berkata, situasi mempolitikkan institusi berkenaan sangat tidak sihat memandangkan Yang di-Pertuan Agong  sudah menjalankan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan, malah seharusnya setiap pihak saling menghormati dan memfokuskan kepada usaha memastikan kes COVID-19 dibendung.

“Saya tidak seronok apabila dalam kenyataan panjang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja itu, semua hanya memberikan tumpuan kepada isu membabitkan Parlimen bersidang segera, jadi saya rasa ini suasana yang sangat tidak sihat.

“Dalam keadaan kes sebanyak 4,000 hingga 5,000 ketika ini, sepatutnya semua pihak, terutama ahli politik meletakkan isu pembukaan segera Parlimen ke tepi, sebaliknya memberikan fokus bagaimana meningkatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan memberi idea kaedah terbaik untuk mempercepatkan vaksinasi ini, bukannya menambah masalah krisis kesihatan sedia ada yang menyaksikan petugas barisan hadapan sudah lelah.

“Mungkin juga boleh fokus apa dibuat 220 Ahli Parlimen apabila kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk mereka mempromosikan kempen vaksinasi, ini boleh dipersoalkan, bukannya siapa Perdana Menteri atau isu Parlimen perlu bersidang segera,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azmir berkata, sikap tidak sihat itu yang ditunjukkan segelintir Ahli Parlimen menimbulkan persoalan adakah benar apabila Parlimen bersidang semula, mereka akan membentangkan, membincangkan dan membuat semak imbang seperti diuar-uar, memandangkan ketika ini pun pihak berkenaan dilihat seolah-olah cenderung mengambil kesempatan untuk melakukan undi tidak percaya. 

Jelasnya, semua pihak harus ingat, Ordinan Darurat dilaksanakan kini adalah bagi membolehkan semua tenaga digembleng, termasuk kerjasama antara kerajaan dan swasta, malah membolehkan hospital swasta tertakluk di bawah proklamasi darurat ini kerana jika tidak, pihak pengurusannya mempunyai kuasa sendiri.

Dalam konteks demokrasi di Malaysia, katanya, beliau berpandangan sememangnya Parlimen perlu dibuka namun perkara itu tidak perlu dipolitikkan memandangkan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jelas bahawa institusi undang-undang berkenaan akan dibuka selepas keadaan krisis kesihatan negara stabil.

“Harus diingat, Perdana Menteri mempunyai kuasa menentukan bila Parlimen boleh dibuka dan apabila tiba masa sesuai, baharulah beliau akan memaklumkannya kepada Agong,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.