9 MEI : UMNO membuka pintu Rumah Bangsa kepada pemimpin dan ahli Bersatu yang dipecat serta digantung, semalam.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata UMNO menerima kepulangan mereka tanpa syarat.
“Kembalilah ke Rumah Bangsa! UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat termasuk pimpinan dan ahli BERSATU yang dipecat atau digantung.
“Lagipun semuanya berasal dari rahim UMNO juga, bagaikan sirih pulang ke gagang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Semalam, Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu iaitu Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) dan Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).
Sementara seorang lagi ADUN dan tiga ahli Parlimen digantung keahlian.