nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MP UMNO Buka Pekung Di Dada Sendiri- Ahli MKT

24 JUN:  Polemik percanggahan pendapat semakin terbuka antara kepimpinan UMNO dan kelompok ahli-ahli Parlimen parti itu sehingga memberi kesan besar terhadap keyakinan akar umbi.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashin Shirlin menyarankan agar semua pihak dalam parti harus mengambil pendekatan tidak membuka pekung di dada sendiri. 

Beliau menegaskan perkara ini perlu dilakukan memandangkan segala tindak-tanduk UMNO kini menjadi perhatian rakyat, khususnya pada saat krisis COVID-19 semakin memburuk.

“Saya sarankan kedua-dua pihak, pucuk kepimpinan UMNO dan ahli-ahli Parlimen, duduk semeja dan berbincang secara tertutup bagi menghuraikan kekusutan masing-masing kerana kita tidak mahu rakyat lihat parti berpecah kepada dua puak.

“Saya menyeru semua pihak melihat desakan melaksanakan sidang Parlimen dengan segera secara positif kerana perkara itu juga merupakan hasrat rakyat. Jadi semua pihak kena berbesar hati dan berlapang dada,” katanya kepada media, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengaku menjadi perancang utama dalam mengumpulkan tandatangan SD ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memberi sokongan terhadap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri menjelaskan, gerakan mengumpul SD itu bukanlah bertujuan untuk menukar Perdana Menteri sebagaimana didakwa segelintir pihak.

Terdahulu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu sidang akhbar maya mendedahkan seorang ahli Parlimen UMNO mengaku menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

Katanya, ahli Parlimen tanpa dinamakan itu memaklumkan beliau menandatangani dokumen sokongan itu 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Ahmad Zahid serta seorang ‘kenamaan’.

Sementara itu, bagi Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan mana-mana Ahli Parlimen UMNO digesa keluar dari parti itu secara terhormat sekiranya mahu menjadi duri dalam daging dan enggan patuh kepada ketetapan yang telah ditetapkan oleh UMNO. 

Beliau berkata, ini susulan terdapat segelintir ahli Parlimen UMNO yang dilihat masih sukar untuk membayar balik pengorbanan parti dengan mengemukakan kesetiaan sewajarnya, terutama pada saat kritikal ketika ini.

“Kelompok ahli-ahli Parlimen ini sepatutnya menyedari mereka adalah individu menjadi aset kepada UMNO bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat, lebih-lebih lagi pada saat krisis pandemik COVID-19.

“Bila mereka faham mereka mewakili parti, jadi tidak perlu ada pihak tertentu gerak usaha kutip tandatangan surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong sesiapa.

“Kita sudah buat ketetapan ‘No Anwar, No DAP’ pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 sebelum ini bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya setakat 1 Ogos hadapan. 

“Jika mereka enggan patuh, lebih elok mereka keluar parti secara terhormat daripada menjadi duri dalam daging,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.