nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parlimen hibrid sudah sedia beroperasi

24 JUN: Parlimen sudah dilengkap dengan kemudahan mencukupi untuk melaksanakan persidangan Dewan Rakyat secara hibrid pada bila-bila masa.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pihaknya juga dalam proses perolehan untuk menambah bahagian teknikal lain yang diperlukan bagi memboleh Parlimen bersidang secara hibrid.

Mohd Rashid berkata, sehingga kini belum ada tarikh tertentu ditetapkan untuk Dewan Rakyat bersidang, biarpun mengikut Peraturan Mesyuarat, menetapkan keperluan memberi notis 28 hari sebelum persidangan bermula.

Berikutan itu, Mohd Rashid berkata pihaknya  menyerahkan kepada hemat Ketua Majlis untuk pelaksanaan berikutnya.

“Pelaksanaan persidangan Parlimen secara hibrid adalah norma baharu dan tidak mustahil serta akan menjadi sejarah kepada Malaysia, ketika berdepan pandemik COVID-19.

“Ia juga adalah cabaran baharu kepada Speaker, apabila kita akan berhadapan dengan ‘monitor-monitor’ untuk melihat ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Rashid berkata, sekiranya berlaku persidangan Dewan Rakyat secara hibrid, terdapat beberapa peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang perlu dipinda, contohnya proses undian, dan semua pindaan yang diperlukan akan dimasukkan sebagai satu Senarai Tambahan (Addendum) kepada Peraturan Mesyuarat sedia ada.

“Satu contoh lagi, Parlimen melihat kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 62 Tatacara Parlimen.

“Pada 62(5) ada disebut ahli-ahli yang tidak hadir di dalam sesuatu Majlis Parlimen tidaklah dibenarkan mengundi. Tetapi ia dibaca juga pada 62(1) iaitu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri,” katanya.

Ditanya bilangan Ahli Parlimen yang perlu hadir secara bersemuka di Dewan Rakyat sekiranya pindaan dilakukan, Mohd Rashid berkata bilangan minimum untuk cukup korum bersidang ialah 26 Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Dewan Rakyat (dengan petua Speaker) pernah membuat ketetapan sehingga 80 maksimum (keberadaan di dalam Dewan Rakyat) tetapi jumlah sebenar dan kaedah masih diperhalusi di peringkat akhir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.