nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kaji kaedah terbaik laksana sidang Parlimen hibrid

25 JUN: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias memberi sokongan terhadap cadangan persidangan Parlimen secara hibrid dijangka diadakan pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September ini yang dilihat bersandarkan kepada tuntutan perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. 

Bagaimanapun,  beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menggesa agar kajian teliti perlu dilaksanakan bagi mencari kaedah terbaik untuk mengadakan persidangan parlimen agar tiada perkara yang berbangkit selepas sidang dewan rakyat kembali dibuka. 

“Persidangan hibrid ini perlu lihat sebagai contoh boleh tidak soal pengundian dilakukan ketika persidangan hibrid. Itu kena ambil kira, kemudian imuniti ahli parlimen penting.

“Sebagai contoh, kalau saya bersidang secara hibrid, saya akan berbahas di pejabat atau kediaman saya… adakah perbahasan itu mendapat imuniti seperti saya berbahas di dalam Dewan Rakyat. Ini semua kena diambil kira. Kalau persidangan hibrid, imuniti ini sangat penting.

“Ini kerana saya tak mahu bila lepas saya berhujah nanti saya disabitkan dengan kesalahan itu ini…itu kita tak mahu. Saya fikir kajian perlu dilakukan secara teliti untuk pihak parlimen adakan sidang secara hibrid mahupun fizikal yang penting segala tuntutan perlu dipenuhi agar tidak menimbulkan masalah selepas persidangan, “katanya selepas dihubungi wartawan PN BBC Portal, hari ini. 

Dalam pada itu, Jalaluddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen Malaysia turut menggesa semua ahli parlimen menggunakan sidang rakyat sebagai pentas merungkai pelbagai permasalahan berkaitan kebajikan rakyat, dasar kerajaan dan usaha membendung COVID-19 serta memancu semula ekonomi yang terkesan disebabkan wabak itu. 

“Pada saya, persidangan Parlimen ini amat penting dihadiri oleh semua ahli-ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang kerana bila kita bersama, kumpulkan semua pemikiran maka keputusan yang terbaik akan dapat dicapai bagi mengadakan apa jua pendekatan kepada rakyat bagi kita mengatasi masalah penularan COVID-19. 

“Tajuk-tajuk atau penghujaan yang penting ketika ini adalah seperti perjuangan soal keselamatan dan kebajikan rakyat, suntikan ekonomi serta pasca COVID-19 iaitu apakah tindakan kita untuk mengembalikan prestasi ekonomi negara dan servis bantuan kita kepada rakyat yang terkesan kerana serangan COVID-19. 

“Saya fikir itu sahaja tajuk yang penting, kita kena lupakan dalam soal fahaman politik, lupakan agenda politik kalau ada.. saya tak fikir akan ada yang bawa tapi kalau tetap ada ahli parlimen yang bawa dengan menggunakan sidang dewan rakyat sebagai platform, itu tak wajar dilakukan,” katanya. 

Terdahulu, menurut kenyataan bersama Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun 

memaklumkan persidangan Parlimen secara hibrid dijangka diadakan pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September ini, 

Bagaimanapun, katanya, tarikh terbabit tertakluk kepada kelulusan semua aspek perundangan di peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat terlebih dahulu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi turut menyambut baik jangkaan tarikh persidangan parlimen secara hibrid

Namun, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memaklumkan 

banyak keperluan fasiliti dan pelbagai faktor perlu dilakukan kajian lebih teliti oleh pengurusan Parlimen Malaysia agar tiada perkara yang akan dipolemikkan. 

“Ini kerana kalau buat parlimen secara hibrid sebagai contoh bagaimana nak memastikan semua ahli Parlimen masuk dalam kamera ketika bersidang di samping kalau ada bantahan mengundi, bagaimana nak pastikan mereka yang berdiri itu. Jadi, perkara-perkara ini perlu difikirkan oleh pihak pengurusan. 

“Jadi, kajian perlu dilakukan takut ada isu-isu berbangkit kemudian namun apapeun kita bersetuju dengan yang dicadangkan dan kita menyokong penuh.

“Justeru semua ahli parlimen kena fokus membantu rakyat dan bersama menangani COVID-19 tanpa mengira parti dan amat malang buat rakyat kerana masih ada golongan yang masih mahu berpolitik,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.