nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 34 Mukim Selangor,14 Lokaliti di KL mulai 3 Julai

1 JULAI: Kerajaan akhirnya mengambil pendekatan yang tegas apabila sebanyak 34 Mukim di Selangor serta 14 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Julai sehingga 16 Julai depan. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada 34 mukim di Selangor, tujuh daripadanya akan dilaksanakan di Mukim Tanjung 12 (1), Mukim Tanjung 12 (2), Mukim Teluk Panglima Garang, Mukim Morib, Mukim Bandar, Mukim Jugra dan Mukim Batu di daerah Kuala Langat. 

Menurut beliau, enam mukim di daerah Hulu Langat juga akan dilaksanakan PKPD iaitu Mukim Ampang, Mukim Cheras, Mukim Kajang, Mukim Semenyih, Mukim Beranang dan Mukim Hulu Langat serta empat mukim lagi di daerah Gombak iaitu Mukim Batu, Mukim Rawang, Mukim Setapak, Mukim Hulu Langat dan Mukim Kuang. 

” Di daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor, masing masing empat Mukim di dua daerah itu akan dibuat PKPD di Mukim Ijok, Mukim Bestari Jaya, Mukim Jeram,  Mukim Tanjung Karang, Mukim Serendah, Mukim Rasa, Mukim Ulu Yam dan Mukim Batang Kali. 

“Di Petaling Jaya pula, Mukim yang akan dilaksana PKPD adalah Mukim Petaling, Mukim Damansara, Mukim Sg Buloh serta Mukim Bukit Raja dan bagi Daerah Sepang, mukim yang terlibat ialah Mukim Dengkil, Mukim Labu serta Mukim Sepang manakala di daerah Klang hanya dua mukim yang terlibat iaitu Mukim Kapar dan Mukim Klang. 

“Bagi lokaliti di Kuala Lumpur, kawasan yang akan dilakukan PKPD adalah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 dan Seksyen Wangsa Maju,Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2), Flat Sri Sabah Kampung Puah, PPR Kampung Baru Air Panas, Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima), Kampung Batu Muda PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas. 

“Dengan pelaksanaan PKPD ini, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh pihak polis. Semua penduduk di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil rumah dengan radius 10 kilometer daripada kediaman,” katanya menerusi kenyataan media Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat serta diberi jaminan oleh Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS. 

“Selain itu, tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM dan sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenar beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam. 

“Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Bagi restoran atau mereka yang menjual makanan, farmasi, kedai haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 8 malam. 

“Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.

Pasar borong juga dibenarkan beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.

“Bagi Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) dibenarkan beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang manakala sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.