nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD di lokaliti babit lima buah negeri bermula 9 Julai

7 JULAI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan dan Sabah, selama 14 hari bermula Jumaat ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, di Negeri Sembilan pula PKPD akan dilaksanakan di lapan mukim di Seremban iaitu Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban serta Setul, manakala Pahang dekat kuarters pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan.

Beliau berkata, Johor pula membabitkan kawasan perindustrian Indahpura dan tujuh lokaliti di kawasan perindustrian Senai masing-masing dekat Kulai.

“Tujuh lokaliti itu ialah Kawasan Industri Senai Fasa 1, Kawasan Industri Senai Fasa 2, Kawasan Industri Senai Fasa 3, Kawasan Industri Senai Fasa 4, Taman Perindustrian Senai, Taman Perindustrian Murni Senai serta Senai Airport City (SAC).

“Di Kota Bharu, Kelantan pula PKPD di kawasan perumahan dekat Taman Kurnia Jaya serta Taman Pinggiran Golf.

“PKPD di Sabah membabitkan Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat di Putatan; Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu; Kampung Balibata, Beaufort; Kampung Pintasan, Kota Belud serta Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata di Pahang, pula PKPD melibatkan Kuarters Pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan dengan 147 kes positif Covid-19 direkodkan setelah menjalani 4,278 ujian saringan.

Dalam pada itu Ismail berkata seramai 635 individu ditahan polis di seluruh negara semalam atas pelbagai kesalahan ingkar SOP termasuk 590 individu dikompaun manakala 45 lagi direman.

Beliau berkata antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka, individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis, tiada penjarakan fizikal, tidak patuh arahan kawalan pergerakan dan membawa penumpang berlebihan.

“Bagi Operasi Pematuhan, pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan ke atas 2,239 kilang, 16,666 premis perniagaan, 641 tapak pembinaan dan 11,369 premis perniagaan.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, 29 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.