nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis dedah banyak kilang beroperasi secara haram

12 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat kilang beroperasi dengan pekerja yang ramai selain hanya mengeluarkan 10 peratus barangan pengguna bagi sektor yang dibenarkan beroperasi.

Ia membuktikan bahawa sebahagian besar kilang beroperasi secara haram dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tidak memenuhi syarat ditetapkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor dibenarkan beroperasi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kassim, berkata antara kesalahan lain kerap berlaku ialah keadaan asrama pekerja yang terlalu padat dan tidak teratur.

Beliau berkata, kilang atau premis perniagaan melanggar SOP dan tidak patuh syarat dikeluarkan MITI akan dikompaun dan ada yang diarah menutup operasi, selain pekerja melanggar SOP turut dikompaun.

ZAINAL ABIDIN

Katanya, PDRM mempunyai pasukan khas di Bukit Aman bagi meneliti aduan ketidakpatuhan dan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pelaksanaan Op Patuh dengan memfokuskan aduan disalurkan orang ramai berkaitan pelanggaran SOP oleh kilang, premis perniagaan dan asrama pekerja serta tapak binaan.

“Aduan diperoleh melalui beberapa saluran disediakan kerajaan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kemudian diteliti pasukan khas Op Patuh sebelum ia disalurkan kepada pasukan khas Op Patuh pada peringkat kontinjen negeri serta ibu pejabat polis daerah (IPD) dan balai.

“Risikan akan dibuat terlebih dulu bagi memastikan sama ada benar berlaku pelanggaran SOP dan kolaborasi akan dibuat bersama jabatan serta agensi lain yang berkaitan untuk mengadakan operasi secara bersepadu di lokasi dikenal pasti,” katanya kepada sebuah akhbar hari ini.

Kelmarin, sebanyak 1,915 kilang, 18,278 premis perniagaan, 574 tapak pembinaan dan 192 asrama penempatan pekerja diperiksa.

Daripada jumlah itu, 63 premis membabitkan kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, pasukan khas Op Patuh pada peringkat kontinjen negeri, IPD dan balai ini sebagai pasukan tambahan kepada pasukan Task Force Operasi Pematuhan SOP PKP sedia ada, sepanjang pelaksanaan Op Patuh.

Zainal Abidin berkata, arahan menutup operasi akan dibuat jika kilang atau premis perniagaan didapati tidak mendapat kebenaran MITI untuk beroperasi ketika tempoh PKP.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.