nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guna Kaedah Sesi Pendengaran Awam untuk siasatan RCI TH

15 JULAI: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCM) menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Lembaga Tabung Haji (TH).

Presiden MCM, Jais Abdul Karim
berpendapat,  tindakan dan perakuan sewajarnya mesti dikemukakan kepada kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan TH.

“Sewajarnya juga pengendalian kes ini menggunakan kaedah ‘Sesi Pendengaran Awam’ bagi mendapatkan maklum balas pihak-pihak berkepentingan dan orang awam.

“MCW menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mengenal pasti senarai keahlian RCI yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan .

“MCW melihat kepentingan melibatkan pemimpin NGO dan Belia sebagai suara generasi muda dalam senarai tersebut,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Jais Abdul Karim

Mengulas lanjut, Jais berkata pilihan calon yang tepat amat penting supaya urusan siasatan RCI dapat berjalan dengan lancar. 

“Pastikan skop siasatan tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit TH dari tahun 2014 hingga tahun 2020 terutamanya hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger.

“Kepakaran dan ketelitian RCI amat penting agar tidak menjejaskan apa-apa siasatan serta tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Penubuhan RCI berkenaan juga menurutnya akan dapat merungkai beberapa persoalan dan spekulasi yang sudah lama berlegar dalam kalangan rakyat terutamanya berkaitan aspek tadbir urus, integriti dan reputasi LTH sebagai institusi simpanan kewangan Islam.

“MCW juga mahu TH buktikan bahawa organisasi ini sentiasa melaksanakan proses penambahbaikan terhadap operasi dan tadbir urus bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa serta rasuah.

“Pengurusan dan operasi yang efisyen akan dapat mengatasi masalah akaun TH yang tidak diaudit sehingga hari ini dan hasil audit tidak dibawa ke Parlimen mengikut kehendak undang-undang yang ditetapkan. 

“Status kewangan TH juga sentiasa menjadi pertikaian oleh pelbagai pihak dan atas faktor ini kerjasama LTH dalam penubuhan RCI ini amat penting bagi menjernihkan semula imej LTH dengan segera,” katanya.

TH juga tidak seharusnya membiarkan isu berkaitan politik diheret dalam menentukan kuasa pengurusan organisasi ini, tegasnya.

“Wujud desas-desus politik mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa melakukan pelbagai tindakan drastik akibat kelemahan pengurusan LTH semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Isu dan pertikaian ini membuatkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap hak LTH dalam menguruskan jemaah haji Malaysia dengan selamat.

“Harus diingatkan bahawa TH bukanlah ‘medan parti politik’ tapi sebaliknya matlamat utama TH adalah untuk menyediakan peluang seluas-luasnya bagi rakyat Islam negara ini dapat menunaikan ibadah haji dan ianya perlu dipelihara dengan sebaiknya,” katanya.

Justeru, MCW memandang serius matlamat penubuhan RCI ini dan berharap proses siasatan benar-benar dapat direalitikan secara telus supaya tidak wujud tindakan menyembunyikan maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan atau perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan.  

“Kewibawaan RCI dalam menangani isu ini akan dapat menjawab segala tuduhan dan penyelewengan yang digembar-gemburkan oleh kerajaan yang lalu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.