nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rasuah terowong: Kerajaan Pulau Pinang beri tanah

16 JULAI: Kerajaan Negeri Pulau Pinang didakwa meluluskan pemberi milikan tanah kepada sebuah syarikat swasta sebagai balasan kerja-kerja yang diselesaikan berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di negeri berkenaan.

Saksi pendakwaan ketiga, Datuk Lim Hock Seng, 73, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa pemberian tanah berkenaan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri pada 11 Disember 2014.

Hock Seng berkata pemberian tanah berkenaan adalah sebahagian perjanjian awal yang dimeterai di antara kerajaan negeri dan Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. (CZBUCG) menyatakan syarikat itu berhak menamakan pihak ketiga, Ewein Zenith Sdn. Bhd. sebagai pemilik tanah itu.

Beliau berkata mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu meluluskan pemberi milikan tanah Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang kepada syarikat berkenaan.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan di zaman Pakatan Harapan menerajui Putrajaya menghadapi tuduhan menyebabkan Pendaftar Tanah Pulau Pinang melupuskan harta milik kerajaan negeri iaitu Lot Tanah No. H.S.(D) 18801, No. PT Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang, bernilai RM135,086,094 kepada Syarikat Ewein Zenith Sdn. Bhd.

Semasa menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, Hock Seng berkata beliau juga mengetahui bahawa Lot 702 itu kemudian ditambak untuk membangunkan projek `City of Dreams’ terletak di Tanjong Tokong.

Projek yang menghadap laut itu melibatkan pembinaan dua blok kondominium mewah yang mempunyai kepadatan penduduk 80 unit per ekar.

Bagaimanapun, Hock Seng berkata, beliau tidak mengetahui sama dua blok itu melebihi kepadatan penduduk yang dibenarkan.

Hock Seng ketika membacakan pernyataan saksi berkata MMK yang bersidang pada 30 November 2016 juga meluluskan satu lagi permohonan pemberimilikan tanah iaitu sebahagian Lot 713 kepada CZBUCG.

Hock Seng juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Bagan Jermal berkata CZBUCG memohon agar tanah tersebut didaftarkan kepada syarikat Zenith Urban Development Sdn. Bhd.

Beliau juga menjelaskan MMK ketika itu turut meluluskan bayaran terakhir ke atas kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi tiga jalan utama berjumlah RM73.6 juta melalui kaedah pemberimilikan tanah seluas dua ekar di sebahagian Lot 713 Seksyen 1.

Hock Seng berkata, kedua-dua lot tanah itu merupakan tanah yang ditambak dan dikenal pasti bagi projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di negeri tersebut.

Guan Eng juga dituduh menyebabkan Pendaftar Tanah Pulau Pinang melupuskan Lot Tanah No.H.S.(D) 19318, No. PT Lot 10012 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, bernilai RM73,668,986 kepada Syarikat Zenith Urban Development Sdn Bhd.

Guan Eng didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Pendakwaan terhadap beliau dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Guan Eng, 60, turut didakwa terhadap tuduhan pindaan menggunakan kedudukan beliau semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Berikutan itu Hakim Azura Alwi memutuskan perbicaraan kes berkenaan bersambung 16 Ogos depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.