nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tuntut segala bukti tragedi MH17 didedahkan

17 JULAI: Kerajaan sentiasa komited dan memberikan sokongan penuh dalam usaha mengheret mereka yang bertanggungjawab atas tragedi menimpa MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 ke muka pengadilan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Malaysia juga menuntut segala bukti yang ada didedahkan kepada umum dan proses kehakiman dijalankan secara adil serta tidak dipengaruhi oleh apa jua tekanan politik bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan mengulangi pendirian bahawa pelaku yang tidak berperikemanusiaan ini perlu diheret ke muka pengadilan. 

“Ini bukan hanya untuk menegakkan keadilan tetapi juga sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan kepada setiap ahli keluarga mangsa tragedi yang kehilangan insan tersayang.

“Malaysia yakin dan berharap pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini tidak menjadi penghalang kepada usaha menegakkan keadilan bagi membela mangsa-mangsa tragedi penerbangan MH17.

KA SIONG

“Doa kita semua sentiasa mengiringi pemergian para mangsa dan mereka yang tersayang. Semoga ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa diberi kekuatan serta ketabahan sementara kami meneruskan usaha menuntut keadilan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Hari ini merupakan genap tahun ketujuh tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan disahkan terhempas di wilayah Donetsk, Timur Ukraine yang telah mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Sementara itu, Kerajaan lima negara yang menganggotai Pasukan Siasatan Bersama (JIT) menegaskan, penting untuk semua pihak kekal dengan komitmen untuk mencari kebenaran, keadilan dan kebertanggungjawaban dalam kes pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS). 

Menteri Luar Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine dalam kenyataan bersama memaklumkan, perkara itu perlu dilakukan biarpun tiada apa yang mampu mengembalikan mangsa yang maut atau meredakan penderitaan serta kesedihan ahli keluarga mereka.

Kerajaan lima negara itu juga mempunyai keyakinan penuh terhadap prosiding jenayah yang bebas, telus serta tidak memihak terhadap pihak yang didakwa, selain mengulangi simpati serta ucapan takziah kepada keluarga dan orang tersayang setiap mangsa dalam kejadian malang terbabit.

“Kami, Menteri Luar Australia Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine, iaitu negara yang menganggotai JIT, hari ini mengingati ulang tahun ketujuh kes pesawat MH17 milik MAS ditembak jatuh. 

“Di mana kejadian itu menyebabkan kematian tragik terhadap 298 penumpang dan anak kapalnya. Ingatan kami tetap bersama-sama mereka yang terkorban, keluarga dan orang tersayang mereka,” kata kenyataan itu, hari ini. 

Sementara itu, Perwakilan Tinggi bagi pihak Kesatuan Eropah (EU) yang berpusat di Brussels dalam kenyataan berbeza turut menyampaikan rasa simpati kepada semua ahli keluarga yang telah kehilangan orang tersayang.

EU mengulangi sokongan penuh terhadap semua usaha dalam menegakkan kebenaran dan keadilan terhadap 298 mangsa kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan keluarga mereka serta menuntut mereka yang terbabit agar bertanggungjawab di bawah Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Pada 17 Julai, kami memperingati ulang tahun ketujuh jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 apabila seramai 298 individu daripada 17 warganegara kehilangan nyawa mereka.

“Mengulangi kenyataan sebelumnya, EU mengambil langkah-langkah berhubung hal ini dan percaya bahawa Rusia harus bertanggungjawab dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha untuk mewujudkan akauntabiliti termasuklah melalui rundingan tiga hala antara Australia, Belanda dan Persekutuan Rusia berhubung kejatuhan pesawat MH17,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.