nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

199 Kes Kematian, Rekod Tertinggi Setakat ini

21 JULAI : Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi hari ini sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 199 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 7,440 kes atau 0.78 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, kes kematian itu membabitkan 173 warganegara, manakala 26 lagi warga asing sekali gus mengatasi angka kematian tertinggi sebelum ini yang dilaporkan pada 18 Julai lalu iaitu 153 kematian.

“Sebanyak 199 kes kematian pada hari ini, 84 kes daripadanya direkodkan di Selangor, 57 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah dan tujuh kes di Negeri Sembilan dan masing-masing enam kes di Johor dan Pahang. 

“Selain itu, tiga kes di Terengganu, dua kes  di Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan, serta masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak,”katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan kes baharu COVID-19 hari ini  menunjukkan penurunan iaitu 11,985 kes dan daripada jumlah itu, 11,978 daripada adalah kes tempatan manakala tujuh lagi merupakan kes import.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 65 kes atau 0.5 peratus adalah daripada  kategori 5 yang merupakan pesakit kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), dan 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen),

“Selain itu, 178 kes (1.5 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 5,847 kes (48.7 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 5,850 kes (48.9 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19. 

“Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhannya, hanya 2.4 peratus kes yang dilaporkan pada hari ini berada pada kategori 3 hingga 5 dan 97.6 peratus kes berada pada kategori 1 dan 2, iaitu pada mula didiagnosa. KKM telah mengambil pendekatan bagi kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai untuk di kuarantin/isolasi di rumah,”katanya.

Mengulas lanjut beliau memberitahu ini dilaksana kerana dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital di mana Kes-kes kategori 3 hingga 5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital, dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

Pada masa sama, beliau mengesahkan penggunaan katil di wad ICU telah dipenuhi pesakit, di manabkumpulan umur lebih muda misalnya 40-an dan 50-an dilihat lebih banyak memenuhi ICU berbanding warga emas berumur 60 tahun dan ke atas. 

“Situasi ini membuktikan vaksin telah membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di kalangan golongan rentan dan warga emas.

“Oleh itu, KKM ingin terus menyeru warga Malaysia terutamanya daripada kumpulan umur 18 hingga 59 tahun untuk mendaftar, mengikut temujanji yang ditetapkan, dan hadir mendapatkan vaksin COVID-19.

Sementara itu Noor Hisham berkata, kluster baharu hari ini mencatatkan peningkatan berbanding semalam iaitu 30 kluster, di mana 17 daripadanya adalah kluster di tempat kerja, lapan kluster komuniti, dua masing-masing merupakan kluster keagaaman dan kumpulan berisiko tinggi dan terakhir adalah Institusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar Dibawah Kementerian Pendidikan (KPM). – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.