nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 25 Lokaliti Di Tiga Negeri Bermula Sabtu Ini

22 JULAI : Sebanyak 25 lokaliti di Sabah, Kelantan, dan Pahang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 14 lokaliti itu terletak di daerah Temerloh, Pahang iaitu Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts, Seluruh Kampung Padang Lalang, Taman Perumahan Sri Kemuning dan Flat Sri Kemuning.

Menurut beliau, Kompleks Penjara Bentong termasuk kuartes di Pahang juga di samping Kampung Pukak Mukim Tengah

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria Mukim Berungis, Tuaran; Kampung Gumandang, Kudat dan Kampung Banting, Kampung Kawang serta Kampung Ulu Bole, Sipitang di Sabah turut akan dilaksana PKPD. 

“Lokaliti selebihnya adalah di Kelantan iaitu Kampung Joh, Kampung Maka, Kampung Dewan Besar Labok di Machang. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa PKP semua lokaliti akan dilaksanakan PKPD mulai 24 Julai sehingga 6 Ogos depan. PKPD ini dilaksanakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pengesanan awal kes. 

“Ini juga bagi memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti kekal berada di kawasan PKPD bagi mengelakkan penularan jangkitan keluar daripada lokaliti tersebut,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan turut bersetuju untuk menamatkan PKPD di empat lokaliti di Sabah dan kawasan perindustrian Bestgrade, Pokok Sena di Kedah berikutan berlakunya penurunan kes.

“Empat lokaliti yang akan ditamatkan di Sabah adalah Kampung Mangkubau Laut, Pitas; Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu; FELDA Umas 1, 3 & 4, Kalabakan dan Fasa 4B, Taman Bukit  Sepanggar di Kota Kinabalu. 

“Kesemua lokaliti akan ditamatkan pada esok iaitu 23 Julai mulai tengah malam ini dan ditamatkan seperti yang telah dijadualkan. 

“Selain itu kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Rumah Awam Kos  Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam di Dungun Terengganu mulai 24 Julai sehingga 6 Ogos ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.