nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PPVIN Stesen KL Sentral untuk kakitangan KTMB

26 JULAI: Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) terbaharu di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur yang mula beroperasi hari ini bakal mempercepatkan pemberian vaksin kepada pekerja barisan hadapan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

PPVIN yang dilaksanakan di bawah Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi bagi Sektor Pengangkutan itu dikelolakan oleh KTMB, manakala ruang fasiliti PPVIN di Balai Ketibaan KLIA Ekspres, KL Sentral pula disediakan oleh Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, program itu telah mendapat kelulusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada 19 Julai lalu yang merupakan inisiatif bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seramai 1,451 orang kakitangan KTMB termasuk anak syarikatnya, iaitu Multimodal Freight Sdn Bhd dan KTM Distribution serta 390 orang kakitangan ERL dan ERL Maintenance Support Sdn Bhd akan menerima suntikan vaksin di PPVIN Stesen KL Sentral ini bermula hari ini.

“Mereka merupakan kakitangan barisan hadapan daripada pelbagai bidang kerja yang belum menerima suntikan vaksin dos pertama. Mereka merupakan kakitangan dari Tanjung Malim hingga ke Gemas.

“Kakitangan KTMB yang berada di luar PPVIN ini akan dibawa dengan tren khas untuk ke KL Sentral,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Ka Siong berkata, KTMB dan ERL turut menyediakan sejumlah 40 kakitangan untuk bertugas sebagai sukarelawan di PPVIN berkenaan bagi membantu kerja-kerja kawalan pergerakan penerima vaksin, logistik dan pendaftaran.

Selain itu, katanya, KTMB juga merancang mewujudkan beberapa lokasi PPVIN strategik yang akan dimaklumkan kelak khusus untuk kakitangan mereka di Wilayah Utara, Selatan dan Pantai Timur.

“Pembukaan PPVIN ini merupakan antara inisiatif Kerajaan dalam memperluas program pemberian vaksin kepada sektor pengangkutan yang juga merupakan salah satu perkhidmatan perlu (essential services) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Program Pemulihan Negara.

“Ia bagi memastikan pergerakan penumpang serta barangan tidak terjejas dan kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Setakat 25 Julai lalu, terdapat empat (4) PPVIN bagi sektor pengangkutan yang telah beroperasi sebagai menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

PPVIN pertama di Pelabuhan Klang yang meliputi sektor maritim dan PPVIN kedua di KLIA yang meliputi sektor udara telah memanfaatkan seramai 32,243 orang penerima vaksin keseluruhannya.

Dua lagi PPVIN iaitu di Stesen LRT Putra Heights dan Kompleks Bas Cheras Selatan telah dilancarkan pada 19 dan 21 Julai lalu bagi sektor pengangkutan awam darat melibatkan 5,512 orang kakitangan perkhidmatan rel dan bas.

Menurut Ka Siong, MOT dalam usaha mendapatkan kelulusan bagi pelaksanaan PPVIN Sektor Pengangkutan baharu secara bersasar di negeri Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Perak dan Selangor serta permohonan tambahan di Pelabuhan Klang yang menjurus kepada pelaut, pekerja pelabuhan dan pekerja sektor logistik di kawasan sekitar.

“Inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih daripada 54,000 pekerja sektor pengangkutan.

“MOT komited dan akan terus bekerjasama dengan CITF untuk menjayakan PICK terutama dalam memastikan petugas industri pengangkutan menerima vaksin secepat mungkin demi kepentingan rakyat serta negara secara keseluruhannya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.