nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga fokus utama Belanjawan 2022 hadapi norma baharu global

26 JULAI : Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 20 September ini, manakala Belanjawan 2022 pada 29 Oktober depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Belanjawan 2022 akan menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu agenda memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan (Recovery, Resilience, Reform).

Menurut beliau,tumpuan khusus akan diberikan kepada usaha untuk memulihkan sektor terjejas seperti pelancongan, meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global

“InshaAllah, Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan buat pertama kalinya akan menerbitkan kenyataan Pra-Bajet atau dengan izin pre-budget statement termasuk dokumen konsultasi rakyat mengenai tumpuan dasar pada bulan Ogos nanti selaras dengan usaha meningkatkan ketelusan proses serta penglibatan rakyat dalam penyediaan Bajet tahunan. 

“Selain itu, sebagai elemen utama penyampaian maklumat mengenai pelaksanaan PPN kepada masyarakat awam, sebuah Portal Pelan Pemulihan Negara dibangunkan sebagai pusat rujukan sehenti yang memaparkan indikator-indikator terkini serta maklumat berkaitan PPN, manfaat dan juga SOP terkini, dengan cara yang lebih mesra pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada persidangan khas Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin membentangkan PPN melalui Sesi Penerangan Menteri pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada jam 11.30 pagi.

Pembentangan itu dimulakan dengan Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa jangkitan COVID-19 yang meninggal dunia.

Muhyiddin turut mengajak Ahli Parlimen bertafakur seminit dan bagi orang Islam disedekahkan bacaan Al-Fatihah namun acara bertafakur itu diganggu beberapa ahli Parlimen pembangkang yang bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat membantah penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyudin Hasan berhubung proklamasi darurat.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan PPN, Muhyiddin memaklumkan PPN adalah pelan pemulihan yang memberi tumpuan kepada strategi untuk keluar daripada ancaman COVID-19 secara selamat dan sistematik.

Beliau berkata, fasa yang digariskan di bawah PPN adalah tertumpu kepada usaha meringankan beban ke atas kapasiti sistem kesihatan awam, membuka semula sektor ekonomi dan membenarkan aktiviti sosial dalam tempoh masa enam bulan sehingga akhir tahun ini.

“PPN tidak statik tetapi dinamik, komprehensif dan boleh ditambah baik mengikut keperluan dan situasi semasa dan mempunyai lima objektif utama.

“Objektif adalah melindungi sektor kesihatan awam dengan mengurus penularan wabak, mengurangkan kemasukan ke hospital dan meminumkan kadar kematian,memastikan sistem kesihatan yang mampan, melaksanakan vaksinasi secepat mungkin bagi melindungi rakyat,membuka semula ekonomi dan membenarkan aktiviti sosial secara berperingkat dengan kepatuhan SOP yang ketat dan esponsif dan fleksibel dalam mengadaptasi evolusi persekitaran,”katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan akan terus memantau keadaan di setiap negeri dengan rapi termasuk mengambil langkah intervensi mengikut keperluan.

Muhyiddin turut memberitahu bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan penilaian risiko termasuk menilai kesediaan mana-mana negeri untuk beralih ke Fasa Kedua, Ketiga atau Keempat.  

“InsyaAllah, dengan usaha berterusan untuk menggerakkan proses pemulihan dan program imunisasi yang sedang berjalan lancar, kita jangkakan kebanyakan negeri dapat beralih ke fasa keempat seawal bulan Oktober nanti. 

“Walau bagaimanapun, manusia merancang, tetapi perancangan Allah jualah sebaik-baiknya. Saya ingin memaklumkan, sekiranya berlakulah semula peningkatan kes di negeri tersebut, Kerajaan akan mengetatkan kawalan pergerakan berdasarkan lokaliti tanpa perlu membuat perintah kawalan menyeluruh ke atas negeri atau wilayah sepertimana yang dilaksanakan kini,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.