nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jadikan Perjuangan Nenek Moyang Inspirasi Untuk Perangi COVID-19

7 OGOS: Semangat juang tinggi dan perjuangan pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan haruslah dijadikan iktibar dan memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang berperang dengan pandemik COVID-19. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan menzahirkan semangat ini dalam diri masing-masing, akan mampu mengekalkan kehidupan harmoni dan saling bersatu hati dalam kalangan rakyat meskipun berbeza kaum, agama dan latar belakang.

“Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu Malaysia Prihatin yang seiring iltizam kerajaan menyemai rasa cinta selain menyemarakkan semangat kebersamaan cintakan negara ketika kita bersama memerangi pandemik COVID-19. 

Sempena Bulan Kemerdekaan, rakyat diseru untuk bersama mengibarkan Jalur Gemilang.

“Saya sedar negara masih dalam tempoh yang mencabar namun saya yakin saudara saudari mempunyai semangat cintakan negara tinggi dengan mengambil iktibar dengan meraikan hari sejarah ini mencapai kemerdekaan. 

“Saya berdoa saudara saudari tetap kekal cekal dalam menamatkan wabak pandemik COVID-19,” katanya pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 secara maya, hari ini. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dalam menunjukkan solidariti sebagai tanda semua pihak bersama dalam melawan COVID-19. 

Menurut beliau, ini kerana bendera Malaysia merupakan lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotism dalam hati rakyat yang mencetuskan rasa bersama dalam mendepani apa jua cabaran dan masalah yang dihadapi. 

“Amalan kibar Jalur Gemilang harus sentiasa dibudayakan tanpa rasa malu dan janggal. Saya berharap seluruh rakyat menyahut seruan dengan kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, dan penuh rasa hormat. 

“Saya juga berharap agar kibarkanlah di kediaman atau kenderaan masing-masing demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara yang diiringi doa dan harapan negara segera pulih dan kembali kepada kehidupan normal,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.