nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin politik perlu cari titik persamaan pulihkan negara

9 OGOS : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa semua pemimpin parti politik dapat mencari titik persefahaman agar negara kembali stabil dan pulih, sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Presidennya, Adnan Mat berkata, seluruh rakyat dan pentadbiran kerajaan ketika ini sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19. 

Menurut beliau, ini sekali gus memerlukan tumpuan diberikan terhadap usaha mengekang penularan wabak serta pemulihan semula ekonomi negara.

“Titik persefahaman yang utama adalah dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam apa juga tindak tanduk agar tidak memberi kesan yang begitu ketara. 

“Situasi semasa politik negara ketika ini sedikit sebanyak memberikan kerisauan kepada kebanyakan rakyat, apatah lagi dengan peningkatan jangkitan COVID-19,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, bagi konteks perkhidmatan awam pula, Adnan memaklumkan, pihaknya bimbang situasi yang berlarutan itu memberi kesan kepada fokus sistem penyampaian perkhidmatan yang diberi tanggungjawab untuk mengekang penularan COVID-19. 

Pada masa sama, beliau memaklumkan tindakan ketidakstabilan politik mampu memberi kesan menjadi pemudah cara kepada pembangunan semula ekonomi negara.

“Namun, CUEPACS amat yakin dengan kemampuan dan kebijaksanaan penjawat awam, khususnya semua ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua jabatan untuk terus berkhidmat secara profesional bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus cemerlang dan tidak terjejas.

“Walaupun berlaku peletakan jawatan menteri membabitkan beberapa kementerian, semua ketua setiausaha dan ketua jabatan dapat memberikan fokus dalam melaksanakan agenda yang ditetapkan bagi memberi perkhidmatan yang terus cemerlang kepada rakyat.

“Sebagai penjawat awam yang profesional dan neutral, kita tidak boleh dipengaruhi unsur-unsur luar yang akan memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam,” katanya.

Dalam pada itu Adnan menjelaskan, secara dasarnya, CUEPACS boleh memberikan jaminan bahawa jentera pentadbiran kerajaan tidak akan terjejas dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat walaupun berlaku kemelut politik ketika ini.

“Sistem pentadbiran kerajaan pada dasarnya terasing dengan sistem politik kepartian dan tidak akan terkesan dengan situasi semasa politik negara. Tahap profesionalisme warga penjawat awam juga begitu tinggi kerana kami semua telah berikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Walau apa jua tekanan dan cabaran yang dihadapi ketika ini, CUEPACS yakin penjawat awam mampu melaksanakan tanggungjawab masing-masing tanpa dipengaruhi situasi politik semasa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.