nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siti Sarah telah tiada

9 OGOS: Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, meninggal dunia awal pagi tadi selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Shuib dalam hantaran di Instagramnya awal pagi tadi.

“5:13 minit pagi, 9 Ogos 2021, bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah. Siti Sarah Raissuddin,” katanya dalam hantaran di Instagramnya hari ini.

Siti Sarah dan Shuib sekeluarga positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun.

Sementara itu, pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom berkata Shuib kini dalam perjalanan ke hospital.

Siti Sarah pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat pasangan itu ketika menerima rawatan.

Saya baru mendapat maklumat daripada Shuib bahawa Siti Sarah sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.