nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jururawat tersilap suntik vaksin mohon maaf

10 OGOS: Seorang jururawat yang tersilap menyuntik jenis pelalian berbeza bagi dos kedua imunisasi COVID-19 terhadap seorang wanita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sik, Khamis lalu, sudah memohon maaf secara peribadi kepada penerima berkenaan.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata jururawat berkenaan yang mengakui kesilapan dilakukannya itu juga telah diberi teguran, kaunseling dan direhatkan daripada tugasan pada hari berkenaan.

Dr Othman berkata, hasil siasatan Jabatan Kesihatan Kedah mendapati kesilapan itu berlaku disebabkan jururawat terbabit tidak memeriksa kad suntikan vaksin penerima berkenaan sebelum memberikan dos kedua.

“Kejadian dilaporkan pada jam 8.25 pagi 5 Ogos lalu di Bilik Suntikan 1, PPV Dewan Al Hana, Sik. Penerima vaksin berkenaan adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang hadir ke PPV terbabit untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNtech.

“Kesilapan berlaku apabila jururawat kesihatan memberi suntikan vaksin Sinovac. Kesilapan itu disedari petugas lain dan terus memaklumkan kepada penyelia serta pengurus PPV,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Othman berkata, sejurus kesilapan itu disedari, penerima berkenaan dirujuk kepada pegawai perubatan untuk kaunseling serta diberi penjelasan mengenai kesan sampingan yang biasa berlaku selepas vaksinasi.

“Penerima vaksin itu dan pasangannya menerima baik penerangan diberi serta memaafkan jururawat terbabit.

“Pemantauan dibuat terhadap penerima vaksin itu sebelum dibenarkan pulang. Beliau juga dinasihatkan menghubungi pegawai perubatan bertugas atau hadir ke klinik kesihatan berdekatan jika berlaku kesan sampingan,” katanya.

Beliau memaklumkan, pada hari kejadian, lebih daripada satu jenis vaksin digunakan di dewan berkenaan, iaitu 1,043 suntikan dos pertama Pfizer-BioNtech, 141 dos kedua Sinovac dan 223 dos kedua Pfizer-BioNtech.

Katanya, pengasingan serta laluan penerima suntikan ke bilik imunisasi dos pertama Pfizer-BioNtech dan dos kedua masing-masing bagi Pfizer-BioNtech serta Sinovac, telah dilaksanakan supaya tidak berlaku kesilapan tersuntik vaksin berbeza.

Beliau berkata, garis panduan pengendalian vaksin juga sentiasa diberi oleh penyelia jururawat sebelum sesi imunisasi bermula setiap hari.

“Jabatan Kesihatan Kedah prihatin dengan kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada keluarga penerima vaksin berkenaan.

“Bagi memastikan kesilapan tidak berulang, pematuhan garis panduan pengendalian vaksinasi akan lebih ditekankan kepada petugas di PPV dan akan sentiasa dipantau oleh penyelia atau pengurus PPV,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Othman memaklumkan, penggunaan ‘mixed dose’ atau percampuran jenis vaksin telah diamalkan kepada penerima yang mengalami alahan dengan vaksin Pfizer-bioNtech di Malaysia.

Katanya, tiada isu keselamatan timbul apabila vaksin Sinovac diberikan sebagai dos kedua kepada penerima yang mengalami alahan selepas dos pertama Pfizer-bioNtech.

Beliau berkata, ‘mixed dose’ juga telah diamalkan di beberapa negara lain.

“Bagaimanapun, dasar sedia ada belum membenarkan percampuran jenis vaksin di Malaysia bagi penerima biasa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.