nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong jumpa ketua parti bincang calon PM ke-9

16 OGOS: Yang di-Pertuan Agong dijangka memanggil semua ketua parti bagi mengenal pasti Ahli Parlimen mana mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu susulan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi mengesahkan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mendapat jemputan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata PAS akan menghantar wakil kerana keadaan Abdul Hadi masih belum mengizinnya menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Ya (Presiden PAS ada menerima jemputan menghadap). Saya akan mewakili Presiden PAS untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok,” katanya dalam jawapan ringkas kepada wartawan portal berita PNBBC, sebentar tadi.

TUAN IBRAHIM

Difahamkan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang di Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim turut dipanggil ke Istana Negara esok.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menerima jemputan menghadap Agong esok.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pihak Istana Negara turut mengeluarkan jemputan terhadap pemimpin parti itu.

Terdahulu, hari ini Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri lain selepas mempersembahkan warkah peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tengah hari tadi selepas hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Berikutan itu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan Muhyiddin supaya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Antara individu yang disebut-sebut untuk menggantikan tempat Muhyiddin ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Bendahari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Manakala, Pakatan Harapan (PH) pula mencadang supaya Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon utama perdana menteri pembangkang.

Bagaimanapun, Anwar hanya boleh dilantik menjadi perdana menteri sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat termasuk ‘musuh ketatnya’ dalam politik iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Ahli Parlimen Pejuang lain dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong pernah menggunakan kaedah sama bagi menyelesai kemelut politik susulan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang sekali gus menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.

Berikutan itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 menerusi sokongan secara en-block oleh Ahli Parlimen BN dan PAS serta beberapa parti lain yang membentuk kerajaan PN.  

Bagaimanapun, Muhyiddin terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri bersama Kabinetnya hari ini, selepas beliau didapati hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen selepas 15 Ahli Dewan Rakyat UMNO menarik sokongan mereka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.