nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin reda dengan takdir dan ketentuan Ilahi

16 OGOS: Tan Sri Muhyiddin Yassin, reda dengan takdir dan ketentuan Allah SWT bahawa beliau dan anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpaksa meletakkan jawatan berkuatkuasa mulai hari ini kerana sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau dan Jemaah Menteri terpaksa berbuat demikian kerana ada pihak yang lebih rakus untuk merebut kuasa daripada menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyak dan ekonomi negara.

“Saya berjuang, saya berkorban, akhirnya Allah s.w.t. mengangkat martabat perjuangan saya sehingga saya diberikan amanah untuk memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri. Namun, telah ditakdirkan bahawa hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi.

“Sesungguhnya, jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan. Ia datang dengan suatu beban tanggungjawab yang berat. Saya memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik,” katanya dalam perutusan khas sempena peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar sehingga ke saat akhir bagi menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuainya namun tidak berjaya.

“Saya melakukan pelbagai ikhtiar sehingga saat akhir untuk menyelamatkan kerajaan PN setidaknya sehingga selesai menguruskan pandemik COVID-19, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan pemulihan ekonomi (Pelan Pemulihan Negara).

“Tetapi, ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan oleh ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada menyelamatkan nyawa dan kehidupan saudara-saudari sekalian.

“Bagi saya apa yang berlaku ketika ini adalah ketentuan Allah SWT dan menjadi satu episod sejarah perjuangan politik saya.

“Malah, enam tahun yang lalu, saya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana saya mempertahankan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1MDB,” tegasnya dalam sidang media khasnya hari ini.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 12.30 tengahari  bagi menyerahkan warkah perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Jemaah Menteri mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, Ini bermakna beliau dan seluruh jemaah Menteri telah meletakkan jawatan, walaupun pada awalnya beliau mencadangkan bahawa keabsahannya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen.

Namun jelasnya, dengan tindakan 15 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadapnya dan cadangan kerjasmana rentas parti yang beliau kemukakan telah ditolak oleh parti pembangkang, maka secara jelas beliau telah hilang majoriti.

“Jelaslah saya telah kehilangan majoriti. Jadi tidak perlulah lagi keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen.

“Berikutan itu, hari ini saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Ahli Jemaah Menteri seperti dikehendaki oleh Perkara 43(4) perlembagaan Persekutuan  yang menyebut ‘Jika Perdana Menteri tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat maka beliau hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri.

“Ini adalah kehendak Perlembagaan Persekutuan dan saya mesti patuhi. Rayuan ikhlas jutaan rakyat Malaysia supaya saya meneruskan tugas saya dan jangan meletak jawatan saya dengar namun tidak dapat disambut kerana sedar bahawa saya kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Tindakan saya ini selaras dengan sumpah jawatan saya untuk menjunjung, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.