nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri harapan baharu rakyat Malaysia

20 OGOS: Pemimpin pelbagai parti politik hari ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik Perdana Menteri ke-9 (PM-9), esok.

Mereka juga menzahirkan keyakinan bahawa Ismail Sabri mampu membawa Malaysia ke arah lebih baik dalam menangani isu COVID-19, pemulihan ekonomi dan masalah sosial di negara ini.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata pemimpin politik perlu sedia memberi kerjasama dan membantu Ismail Sabri yang baru dilantik sebagai PM-9 untuk membawa negara keluar daripada krisis COVID-19.

Ahmad Faizal (kiri) dan Azmin yakin Ismail Sabri dapat menjadikan negara ini lebih berwibawa.

Ahmad Faizal berkata kerjasama juga perlu diberikan kepada barisan Kabinet yang akan dibentuk bagi memudahkan usaha pemulihan negara.

“Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh. Saya mendoakan beliau dikurniakan taufik, petunjuk dan hidayah dalam menjalankan tanggungjawab besar sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan keyakinan bahawa kepemimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri untuk meneruskan usaha membina semula Malaysia.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pelantikan berkenaan secara langsung dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagah dan berwibawa.

“Tahniah Datuk Seri di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri. Saya yakin Datuk Seri akan meneruskan usaha membina Malaysia yang gagah dan wibawa. Teguh kita, menang bersama,” katanya dalam ciapan akaun Twitternya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan itu.

“Selamat berkhidmat kepada YAB PM Ke-9 Malaysia,” kata Najib menerusi laman Facebooknya .

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pula mendoakan supaya Ismail Sabri dipermudahkan oleh Allah SWT dalam urusan pentadbiran negara nanti.

“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang telah dipilih dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Semoga Allahu Taala melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan segala kemudahan kepada YAB Dato’ Sri dalam menerajui pentadbiran negara. Insya-Allah,” katanya menerusi Facebooknya.

Ka Siong (kiri) dan Vigneswaran mengucapkan tahniah dan yakin pelantikan Ismail Sabri mampu membantu usaha kerajaan tangani pandemik COVID-19.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berharap pelantikan Ismail Sabri mampu meningkatkan lagi usaha kerajaan Malaysia menangani pandemik COVID-19

“Tahniah YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 selepas diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Semoga dengan pelantikan ini Malaysia dapat meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik COVID-19 demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara sebagaimana pandangan yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ismail Sabri kerana dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.