nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri Mampu Teruskan Kejayaan Pentadbiran Kerajaan PN

21 OGOS: Perikatan Nasional (PN) percaya pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan (PM-9) dapat menghentikan kemelut politik dan kembali fokus kepada agenda membela kebajikan rakyat. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kepimpinan Naib Presiden UMNO itu juga dapat menyatupadukan semua pihak dalam pembentukan sebuah kerajaan yang stabil.

Menurut beliau, PN menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah atas pelantikan Ismail Sabri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM-9 mampu membawa negara ke arah lebih baik dari segi kebajikan rakyat, ekonomi dan pemulihan daripada pandemik COVID-19.

“Sehubungan itu, semua ahli Parlimen PN dari BERSATU, PAS dan STAR berdiri teguh bersama Perdana Menteri yang baharu, Ismail Sabri. 

“(Semua) yakin bahawa pelantikan beliau dapat memastikan kesinambungan dasar, perancangan serta iltizam kerajaan PN terutamanya memulihkan negara daripada impak COVID-19 dengan segera,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Pada masa sama, Hamzah yang juga Bekas Menteri Dalam Negeri merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengetuai tampuk pemerintahan negara dengan amanah, cekal dan beristiqomah. 

“Semua program bantuan rakyat, pakej rasangan ekonomi termasuk perbelanjaan pengurusan COVID-19 yang diluluskan oleh Muhyiddin merupakan bukti keprihatinan beliau yang akan selamanya tercatat dalam sejarah negara,” katanya. 

Terdahulu, Ismail Sabri hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai PM-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong. 

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang tadi. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.