nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM perkenal Konsep Keluarga Malaysia

22 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperkenalkan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ bagi mengajak semua pihak termasuk Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama-sama memulihkan ekonomi dan menangani masalah penularan pandemik COVID-19 secara menyeluruh.

Berikutan itu, Ismail Sabri yang memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Perdana Menteri hari ini, menyeru kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

Beliau berkata semua ahli Parlimen perlu fikiran terbuka dan berlapang dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia.

“Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum.

“Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua.

“Sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi saya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga,” katanya dalam ucapan pertama sebagai Perdana Menteri disiarkan secara langsung menerusi laman Facebooknya dan stesen televisyen tempatan hari ini.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah” – Ismail Sabri Yaakob

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata  pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum kerana baginya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata beliau juga menginsafi kepayahan, kesengsaraan, dan keperitan hidup yang mencengkam kita semua. Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan, dan bukan sedikit yang telah dibuang kerja.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah. Oleh sebab itu, saya sangat menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak ini.

“Pandemik COVID-19 adalah musuh kita semua. Mengambil kira situasi getir pandemik COVID-19 dunia, umum mengetahui bahawa varian wabak ini sentiasa berevolusi.

“Bermula daripada varian alpha kepada beta, dan yang terkini ialah varian lambda. Oleh itu, strategi yang telah dirangka kerajaan sebelum ini akan diteruskan dan diperkasakan serta ditambah baik dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar kesihatan awam negara,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.