nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan ada lagi gangguan jatuhkan Kerajaan – PEMBELA

25 OGOS: Kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharapkan dapat terus kekal mentadbir negara tanpa sebarang gangguan propaganda politik oleh mana-mana pihak sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Pada masa sama, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya turut menyeru Perdana Menteri mempercepatkan pelantikan anggota Kabinet baharu bagi menyusun perancangan drastik bagi menangani perkara paling utama iaitu pandemik COVID-19.

“Negara tidak mampu menghadapi satu lagi perubahan pimpinan dalam masa terdekat, dan yang lebih penting lagi mendapat bantuan Allah yang amat kita perlukan di saat getir ini. 

“Kabinet itu juga perlu berfungsi untuk merangsang semula ekonomi negara serta kesejahteraan sosial rakyat agar dapat dipulihkan segera selari dengan ucapan pertama Ismail Sabri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

PEMBELA berharap Ismail Sabri dapat melantik Kabinetnya secepat mungkin untuk memaju negara ke arah kemajuan dan membendung COVID-19.

Dalam pada itu, Aminuddin memaklumkan memandangkan lantikan anggota Kabinet belum dibuat termasuk Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi eksekutif PM, Aminuddin berpandangan, barisan jemaah menteri yang bakal dilantik hendaklah daripada kalangan tokoh pemimpin berwibawa.

“PEMBELA menyarankan supaya Perdana Menteri melantik anggota jemaah menteri dari  kalangan tokoh terbaik yang mempunyai ciri-ciri berwibawa, cekap, amanah dan bersih dari sebarang skandal serta tidak terpalit dengan sebarang kes mahkamah. 

“Itu termasuk keruntuhan akhlak dan moral yang boleh memudaratkan kedudukan integriti jemaah menteri itu sendiri. Malah, seorang anggota jemaah menteri juga mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai kesedaran beragama yang tinggi,” katanya. 

Justetu, beliau menegaskan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri perlu bertindak bijak, tegas dan meletakkan piawaian tinggi bagi seseorang menjawat jawatan menteri di dalam Kabinetnya. 

“Perkara itu perlu dilakukan sekiranya Ismail Sabri benar-benar mahu melakukan satu anjakan paradigma dalam pentadbiran negara dan melakar sejarah baharu, 

“Untuk kekal di tampuk kepimpinan dan memperoleh kepercayaan rakyat, Perdana Menteri mestilah dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang dibantu oleh jemaah menteri berwibawa serta berintegriti tinggi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengesahkan akan mengumumkan senarai barisan anggota Kabinet baharunya, pada minggu ini.

Ismail Sabri berkata senarai nama anggota Jemaah Menteri baharu berkenaan akan diumumkan selepas ia dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata ketika ini perbincangan mengenai pembentukan Kabinet baharu sedang berjalan sebelum senarainya dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.