nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Terlalu Awal Andaian 2.2 Peratus Penjawat Awam Anti Vaksin

30 OGOS : Masih terlalu awal untuk membuat andaian mahupun rumusan bahawa jumlah 2.2 peratus penjawat awam yang tidak mendaftar suntikan vaksin COVID-19 asalah disebabkan mereka menolak untuk menerimanya. 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, ini kerana terdapat kemungkinan penjawat awam ini belum mendaftar kerana mempunyai alahan, mengandung, ataupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. 

Justeru, menurut beliau, CUEPACS menggesa semua ketua jabatan mengenal pasti kakitangan masing-masing yang tidak mendaftar atau masih belum menerima suntikan vaksin.

“Proses mengenal pasti ini perlu dilakukan segera bagi membolehkan maklum balas diterima mengenai punca mereka masih belum mendaftar.

“Apabila proses mengenal pasti ini dilakukan, ketua jabatan perlu mengadakan sesi pertemuan dengan kakitangan masing-masing bagi mengetahui masalah yang timbul. 

“Input daripada pertemuan tersebut perlu digunakan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan mereka dan maklumat berkaitan kebaikan vaksin boleh berikan jika masih ada yang tidak mendapat maklumat yang tepat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Adnan Mat

Adnan berkata, CUEPACS yakin proses itu boleh meningkatkan lagi peratusan penjawat awam divaksin apabila permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan didengari dan diselesaikan oleh ketua jabatan masing-masing. 

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan pihaknya berharap kerajaan dapat menyegerakan proses vaksinasi mereka yang sudah mendaftar termasuk 30,000 penjawat awam yang masih belum memperoleh tarikh janji temu walaupun sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin. 

“Jumlah 30,000 itu sebenarnya hanya sedikit sahaja. Sekiranya fokus diberikan kepada kumpulan 30,000 ini, CUEPACS yakin kesemua penjawat awam itu boleh divaksin dalam tempoh sehari sahaja melalui koordinasi dengan jabatan dan kementerian masing-masing. 

“Dalam hal ini CUEPACS melihat pelaksanaan PPV bergerak ke premis dan jabatan kerajaan boleh menyelesaikan proses memvaksin 30,000 penjawat awam yang belum lagi mendapat temu janji.

“Setiap jabatan mempunyai data kakitangan yang lengkap dan proses ini boleh berjalan dengan lancar sekiranya proses vaksinasi dilakukan di premis kerajaan selain dapat mengelakkan kesesakan. 

Sementara itu, sebagai jentera pentadbiran kerajaan, Adnan berkata CUEPACS menasihatkan penjawat awam tidak mengabaikan taggungjawab mereka untuk menjayakan PICK. 

Menurut beliau, penjawat awam perlu mengambil vaksin untuk memastikan persekitaran yang selamat di jabatan masing-masing dan keengganan segelintir untuk divaksin hanya akan mendedahkan risiko kepada rakan sekerja sehingga mewujudkan persekitaran yang tidak selamat di tempat kerja.

“Pengambilan vaksin juga penting kerana penjawat awam adalah frontliner yang berhadapan dengan rakyat dalam menyampaikan perkhidmatan sama ada melalui kaunter atauu secara langsung di lapangan. 

“Jadilah contoh terbaik kepada rakyat dengan menjadi individu pertama yang menjayakan setiap program dilakukan oleh kerajaan. 

“Sekiranya kita mahu sektor ekonomi dibuka dengan sepenuhnya, penjawat awam perlu divaksin terlebih dahulu kerana kita semua adalah pemudahcara kepada sektor ekonomi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.