nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia buat bantahan rasmi selepas Paralimpik berakhir

1 SEPT: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan panel juri Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menolak rayuan kem Malaysia berkaitan dengan penarikan semula pingat emas yang dimenangi oleh jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20, semalam. 

Namun, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menegaskan pihaknya tidak akan berputus asa bagi memperjuangkan keputusan pembatalan Ziyad semalam. 

Beliau yang juga merupakan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo memaklumkan, MPM akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletic (WPA) selepas berakhirnya temasya Paralimpik kali ini.

“Tindakan (bantahan) ini hanya boleh dilakukan selepas berakhirnya temasya Paralimpik ini. Selain itu, saya juga sedang berusaha untuk mendapatkan salinan rakaman CCTV di bilik panggilan call room. 

“Kita juga sedang mendapatkan salinan kawasan menunggu di Stadium Olimpik Tokyo untuk mendapatkan gambaran dan masa sebenar insiden sebagai bahan bukti untuk meneruskan tindakan selanjutnya, katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Pingat emas Ziyad ditarik balik susulan protes dilakukan kem Ukraine semalam.

Terdahulu, kejayaan Ziyad meraih emas dan memecahkan rekod dunia pada temasya Paralimpik pada Selasa ibarat dirompak susulan protes yang dilakukan kem Ukraine.

Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik panggilan sebelum pertandingan dimulakan.

Sementara itu, dalam mesyuarat ketua kontinjen pagi tadi, Megat sudah menerangkan situasi yang berlaku kepada Ziyad di hadapan Jawatankuasa Penganjur dan ketua kontinjen negara yang bertanding bagi mempertahankan kemenangan itu.

“Namun, pihak Jawatankuasa Penganjur memaklumkan segala protes dan rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada IPC dan Olahraga Para Dunia.

“Saya selaku ketua kontinjen dan Presiden MPM berjanji akan berusaha sedaya upaya memperjuangkan nasib jaguh lontar peluru kebangsaan kita.

 “Saya juga sudah menemui Ziyad dan terlebih dulu memaklumkan hasil daripada mesyuarat ketua kontinjen pagi tadi dan Alhamdulillah Ziyad dilihat berlapang dada dengan keputusan berkenaan,” katanya

Justeru, beliau memohon pertimbangan kerajaan agar memberikan ganjaran sewajarnya kepada jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas pingat emas yang dimenangi atlet itu di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, semalam ditarik balik.

Beliau berkata, ini perlu dilakukan bagi menghargai jasa dan pencapaian luar biasa atlet berusia 31 tahun itu dalam mendapatkan pingat dan kejayaan buat Malaysia. 

“Saya memohon pertimbangan kerajaan agar dapat memberikan ganjaran sewajarnya ataupun yang bersesuaian di atas jasa dan pencapaian luar biasa Ziyad di Paralimpik Tokyo 2020. 

“Ini bagi menghargai pengorbanannya selama ini. Bagi pihak kontinjen negara, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas isu yang terjadi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.