nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semua Pihak Perlu Bersedia Hadapi Fasa Endemik COVID-19

6 SEPT : Semua pihak di negara ini perlu bersedia memasuki fasa endemik COVID-19 selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap vaksin seperti yang disarankan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Justeru, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menyarankan kerajaan mempertingkatkan kadar imunisasi COVID-19 di samping keperluan mewajibkan vaksinasi dos ketiga pada tahun hadapan. 

Menurut beliau, kerajaan juga perlu bersedia  daripada segi kemudahan dan fasiliti kesihatan seperti keperluan yang mencukupi di unit rawatan rapi (ICU) dan kakitangan, di mana jika kes meningkat mendadak, KKM telah bersedia sepenuhnya bagi menempuhi perkara itu. 

“Pada masa sama, sistem pemantauan oleh kerajaan perlu ditambah baik dan harus berterusan supaya tindakan yang lebih pantas dapat diambil untuk mencegah penularan COVID-19. 

“Melalui ini, tindakan boleh diambil untuk menyaring penduduk sesuatu kawasan sekiranya terdapat kenaikan luar biasa kes 

“Dengan kaedah ini juga, kita tidak akan lagi terlepas pandang apabila secara tiba-tiba wujudnya varian baharu mahupun berlakunya kluster baharu secara besar-besaran, “katanya kepada PNBBC Portal ketika dihubungi, hari ini.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Dalam pada itu, Zainal Ariffin turut menyarankan agar rakyat di negara ini mengambil vaksin yang bertujuan untuk mencegah jangkitan COVID-19 dan wajar dilakukan bagi melindungi diri dan orang lain dan diharap agar orang ramai tidak terpedaya dengan berita palsu dari golongan antivaksin. 

Pada masa sama, beliau menyeru masyarakat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19.

“Kalau pergi di sesuatu tempat atau melakukan aktiviti seperti berkelah mahupun berkumpul di tempat orang ramai, pastikan kita tidak leka dengan SOP dan kalau kita dah rasa diri sakit atau mempunyai gejala, duduk di rumah sahaja walaupun sudah divaksin. 

“Semua perlu mengetahui bagaimana nak memantau gejala COVID-19 dari kategori 1 sehingga 5 agar kita akan tahu dan segera ke hospital di samping mengelakkan berlakunya kes kematian di luar hospital (BID) kerana kelekaan melakukan pemantauan di rumah. 

“Kita tidak boleh lari dari endemik kerana COVID-19 akan ada di dalam komuniti kita. Jadi, kita mesti bersedia dan kita mesti mulakan serta inilah masa yang tepat dan kita tidak boleh lagi tunggu lama-lama (bertukar ke fasa endemik),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.