nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya 8.5 Peratus Kes Positif Di Kalangan Individu Telah Divaksin

7 SEPT : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan daripada 1,880,734 kes positif COVID-19 yang dicatatkan hari ini, 1,721,274 kes atau 91.5 peratus terdiri daripada individu yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu,1,441,205 kes atau 76.6 peratus merupakan individu yang tiada sejarah vaksinasi dan 280,069 kes (14.9 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tidak lengkap divaksinasi. 

“Hanya 159,460 kes atau 8.5 peratus mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Selain itu,daripada 18,547 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 308 kes atau 1.66 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5. 

“Manakala 18,239 kes atau 98.34 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. 

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan juga kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi,”katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, angka kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) disebabkan wabak COVID-19 ketika ini kekal menunjukkan penurunan di bawah paras 1,000 kes iaitu 977 kes namun meningkat 975 kes berbanding, semalam. 

Namun, apa yang membanggakan, beliau menjelaskan 447 kes memerlukan bantuan pernafasan hari ini telah mencatatkan penurunan di bawah para 500 kes sejak 30 Ogos lalu.

Pada masa sama, beliau memaklumkan kes sembuh COVID-19 iaitu 18,902 kes yang berjaya melepasi kes baharu jangkitan wabak itu iaitu 18, 547 kes, di mana kes sembuh kekal menyaingi angka ini sejak 3 September lalu. 

“Jumlah kematian pula mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 311 kes berbanding semalam 272 kes dan daripada jumlah itu, 270 warganegara dan 41 lagi bukan warga negara. 

“Kes kematian di luar hospital (BID) pula merekodkan 93 kes iaitu 68 warganegara dan 25 bukan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 18,802 kes,” katanya. 

Sementara itu, Noor Hisham mengesahkan kluster baharu merekodkan 39 kluster dan daripada jumlah itu, 13 daripadanya adalah kluster berkaitan tempat kerja, dan satu masing masing adalah kluster baharu bagi kumpulan berisiko tinggi, Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPM dan pusat tahanan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.