nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jemaah Menteri Belum Terima Cadangan Undang-Undang Syariah

7 SEPT: Cadangan penggubalan pelbagai rang undang-undang (RUU) baharu mahu pun pindaan akta sedia ada berkaitan agama Islam termasuk Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam belum lagi dikemukakan kepada Jemaah Menteri buat masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan, sebarang penggubalan undang-undang berkaitan dengan agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Berikutan itu Wan Junaidi berkata jika Kerajaan Persekutuan mahu membuat sebarang pindaan atau merangka akta baharu berkaitan hal ehwal Islam maka mereka mestilah mendapat persetujuan negeri berkenaan.

“Hal Ehwal Agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kalau kerajaan Persekutuan buat sekali pun kita kena melakukan libat urus dan persetujuan kerajaan negeri sama ada mereka bersetuju atau tidak.

“Itulah kadang kala orang politik suka bercakap sahaja tetapi soal pelaksanaan tertakluk kepada negeri masing-masing. Kalau negeri tidak bersetuju undang-undang berkenaan tidak akan berlaku (dikuatkuasakan).

“Kerajaan tidak boleh membawa RUU berkaitan ke Parlimen jika semua negeri berkenaan tidak menyatakan persetujuan.

“Lagi pun hal ehwal agama adalah bidang kuasa negeri masing-masing. Ini bermakna RUU berkenaan belum pun sampai (dibentangkan) kepada perbincangan Jemaah Menteri. Jadi RUU berkenaan perlu melepasi banyak lagi peringkat,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada Kerajaan Persekutuan akan membentangan draf pelbagai RUU baharu termasuk Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Parlimen dalam masa terdekat.  

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata kerajaan sedang meminda dan merangka 11 RUU baharu termasuk Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

Datuk Ahmad Marzuk

Ahmad Marzuk dilaporkan berkata, dalam pelan pemerkasaan berkenaan kerajaan telah bercadang untuk menggubal 11 Undang-undang Syariah utama, iaitu termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan 8 Undang-undang Syariah sub-sidiari.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan tersebut.

“Selain daripada pindaan kepada Akta 355, melalui Pelan Pemerkasaan tersebut juga kerajaan telah dalam proses untuk menggubal beberapa Undang-undang Syariah baharu termasuk RUU Wakaf, RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan oleh  portal harakahdaily.com malam tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.