nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anggota bomba maut padam kebakaran hutan di Sepanyol

10 SEPT: Kebakaran hutan di Selatan Sepanyol mengorbankan seorang anggota bomba semalam ketika dia dan kira-kira 400 anggota lain bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Ketika itu pasukan tersebut sedang memadamkan kebakaran yang tercetus di pergunungan Sierra Bermeja di Malaga sejak kelmarin.

Api semakin marak dan merebak dengan pantas berikutan angin kencang menyukarkan lagi kerja-kerja memadam kebakaran.

Susulan kebakaran itu ratusan penduduk dipindahkan manakala sebatang lebuh raya utama merentangi pantai Mediterranean juga terpaksa ditutup selama beberapa jam selain dua jalan raya masih ditutup.

Setakat ini, kira-kira 1,000 penduduk sudah dipindahkan dengan kebanyakannya dari Estepona, sebuah destinasi percutian popular.

Kerajaan Wilayah Andalusia dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa berusia 44 tahun itu sedang bekerja keras memadamkan kebakaran di pergunungan Sierra Bermeja.

“Keadaan kebakaran itu amat rumit dan sukar. Ia sangat berbahaya,” kata Menteri Alam Sekitar Andalusia, Carmen Crespo, pada sidang media sambil memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kematian mangsa.

Operasi cukup mencabar itu turut dibantu 29 pesawat yang menggugurkan air dari udara pada sebelah siang.

Pasukan bomba memaklumkan, angin kencang mencecah kelajuan 60 kilometer sejam bersama keadaan cuaca panas dan kering serta cerun gunung yang curam, menyukarkan lagi usaha memadamkan kebakaran.

“Ketika angin kencang melanda beberapa kawasan, kebakaran berlainan tercetus pada masa sama pada sebelah petang,” kata Datuk Bandar Estepona, Jose Garcia Urbano, kepada pemberita.

Sementara itu Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan sekerja mangsa.

“Komitmen, dedikasi serta keberanian anggota bomba hutan adalah terpuji,” katanya dalam kenyataan melalui Twitter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.