nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin Pemuda AMANAH Perak mohon maaf kepada Dr Kamarul

11 SEPT: Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak dan Naib Ketua AMANAH Kawasan Tambun, Mohd Fitri Asmuni, memohon maaf kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff, kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia berkenaan.

Permohonan itu dibuat selepas mereka mencapai persetujuan berkenaan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, semalam, 10 September, Mohd Fitri telah bersetuju membuat kenyataan permohonan maaf terhadap plaintif, Dr Kamarul.

Terdahulu, Dr Kamarul yang diwakili Peguam, Mohd Harris Mohan Abdullah, telah mengemukakan saman sivil di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas fitnah dari dua artikel ditulis dan disiarkan oleh Mohd Fitri di dalam Facebooknya.

Dua artikel yang dipertikaikan tersebut adalah bertajuk ‘Dr Kamarul Yusoff, Cybertrooper Bertaraf Doktor’ dan ‘Dr Kamarul Zaman Yusoff Kaki Putar Belit, Astora Jabat Masa Kini’ masing-masing bertarikh 23 dan 25 Mei 2017 yang memfitnah Dr Kamarul.

Di dalam kenyataan permohonan maafnya hari ini, Mohd Fitri yang diwakili Peguam, Noorazmir Zakaria, mengakui telah membuat kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa pertama penulisan Dr Kamarul adalah penulisan yang tidak mempunyai nilai ilmiah.

Kedua, Dr Kamarul tidak mengikut etika penulisan ilmiah dalam membahaskan subjek yang diketengahkan dan ketiga Dr Kamarul hanyalah penulis Facebook yang menyamar sebagai pengkritik, cybertrooper bertaraf doktor.

Keempat penulisan Dr Kamarul adalah sampah yang tidak mempunyai nilai akademik sekalipun beliau bergelar doktor; (v) Dr Kamarul cuba membohongi dan mengelirukan pembaca dengan penulisan beliau.

Kelima, Dr Kamarul adalah penakut yang hanya mampu berselindung di sebalik penulisan beliau seperti di media sosial Facebook.

Berikutan itu, Mohd Fitri dengan rendah diri dan suci hati tanpa sebarang paksaan dan tanpa pengakuan terhadap liabiliti memohon maaf kepada Dr Kamarul di atas penerbitan kedua-dua buah artikel tersebut yang telah mengguris hati beliau.

“Saya juga menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut serta berjanji tidak akan menerbitkannya kembali atau menerbitkan apa-apa kenyataan yang seumpama dengannya di masa hadapan.

“Kenyataan ini dibuat atas semangat persahabatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dan tidak ingin memanjangkan lagi kes ini di Mahkamah,” katanya di dalam kenyataan permohonan maaf di Facebook beliau itu.

Untuk rekod Mohd Fitri, adalah seorang peguam dan anak kepada peguam Datuk Asmuni Awi, merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional, Ahli Jawatankuasa Kanun Nasional AMANAH dan Ahli Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dan Tatacara AMANAH.

Dalam pada itu, Dr Kamarul mengesahkan perkara ini dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan moral yang akan menjadikan beliau lebih bersemangat di dalam menghadapi kes-kes saman fitnah lain yang beliau kemukakan.


Dr Kamarul menyifatkan permohonan maaf Fitri Asmuni kepadanya kerana memfitnah sebagai satu kemenangan moral buat dirinya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peguam saya yang mengusahakan cadangan penyelesaian ini dan kepada Mohd Fitri yang bersetuju untuk membuat kenyataan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut.

“Kes saman terhadap Mohd Fitri ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada kes-kes saman saya terhadap sekumpulan pemimpin DAP dan AMANAH serta dua buah portal media, iaitu Malaysia Kini dan Malaysia Dateline.

“Tumpuan sebenar saya adalah kepada kes-kes saman fitnah saya terhadap 8 Ahli Parlimen DAP, iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh dan Steven Sim.

“Kenyataan-kenyataan mereka, serta 2 Ahli Parlimen AMANAH yang turut saya saman, iaitu Khalid Abdul Samad dan Mohamed Hanipa Maidin, lebih besar impaknya kerana mereka merupakan nama-nama besar dalam politik Malaysia,” katanya.

Berikutan itu, Dr Kamarul juga berkata, kes ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada ahli-ahli politik, khususnya mereka yang dari golongan pemuda, supaya tidak bersuara mengikut rasa dan lebih berhemah di dalam berhujah.

“Golongan pemuda ini biasanya berdarah panas, tetapi masa sama mereka perlu memastikan hujah mereka rasional dan dipandu oleh fakta, dan tidak menggelar orang lain sesuka hati, bila sedar buat silap terus akui kesilapan dan mohon maaf,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.