nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tahap keselamatan di Malaysia masih terjamin

13 SEPT: Malaysia memandang serius amaran dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun kepada warganegaranya di negara ini mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.

Wisma Putra berkata, Kementerian Luar Negeri mengambil maklum dan memberi perhatian serius susulan amaran dikeluarkan Kedutaan Jepun di Malaysia.

Menurut Wisma Putra, agensi keselamatan Malaysia sentiasa memantau perkembangan semasa situasi keselamatan negara termasuk terhadap maklumat kemungkinan wujud ancaman pengganas.

“Dalam hal ini, pihak pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau sebarang perkembangan mengenai situasi ancaman secara serius.

“Malaysia sentiasa bekerjasama dalam isu keselamatan dengan negara lain bagi memastikan sebarang ancaman pengganas dapat dikekang.

“Dalam hal ini, perkongsian maklumat perisikan adalah langkah terbaik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pejabat Kedutaan Jepun hari ini mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya di negara Asia Tenggara susulan wujud ancaman serangan pengganas termasuk di Malaysia.

Ia susulan nota amaran Kementerian Luar Jepun kepada semua rakyatnya termasuk di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Myanmar.

Wisma Putra turut mengarahkan Kedutaan Malaysia di Tokyo bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri di Jepun berikutan amaran berkenaan.

ACRYL SANI

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia masih terkawal ketika ini

Malah, Acryl Sani berkata setakat ini PDRM tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan negara kekal berada pada tahap selamat.

“Pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acryl Sani mengulas laporan pihak Kedutaan Jepun di Malaysia, yang mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.