nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

10,000 Pekerja Industri Agromakanan Terima Dos Pertama

18 SEPT: Sebanyak 17,000 bekalan vaksin telah diperuntukkan kepada pekerja industri agromakanan di bawah Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC) sejak 27 Ogos lalu yang bertempat di Dewan Serbaguna, Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, sehingga kini, sebanyak 10,000 pekerja telah menerima dos pertama di kesemua Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) AiVAC yang telah ditubuhkan. 

Menurut beliau, baki sebanyak 7,000 pekerja akan divaksinkan bermula 17 hingga 27 September 2021 di PPVIN Kampung Raja yang dianjurkan oleh Persatuan Gabungan AiVAC Cameron Highlands dengan kerjasama Jabatan Pertanian.

“Melihat kepada kepentingan Cameron Highlands dan Lojing sebagai antara kawasan pengeluar utama bahan makanan negara, Jabatan Pertanian Malaysia telah mengenal pasti tiga lokasi untuk pelaksanaan AiVAC melalui Mobile PPVIN di Cameron Highlands. 

Sebanyak 17,000 vaksin diperuntukkan untuk pekerja industri agromakanan di PPVIN AiVAC di Cameron Highlands.

“Lokaliti yang terlibat adalah di Dewan Serbaguna Kg. Raja, Dewan Orang Ramai Lembah Bertam dan Dewan Serbaguna JKKK Tringkap serta satu lokasi di Rehat dan Rawat (R&R) Lojing di, Kelantan.

“Pelaksanaan AiVAC adalah sebagai langkah proaktif untuk mengurangkan risiko keberjangkitan dan melindungi kesejahteraan pekerja sektor agromakanan bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara khususnya setelah pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas turut padang melawat operasi Mobile PPVIN di Dewan Serbaguna Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak. 

Ia turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohd dan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori) Jabatan Pertanian, Datuk Zahimi Hassan.

Dr Ronald juga berkesempatan meninjau projek pertanian yang diusahakan oleh Syarikat Greenheart Farms Sdn. Bhd. di Lojing, di mana syarikat itu mengeluarkan sayur-sayuran yang berkualiti tinggi bebas racun perosak melalui kaedah tanaman intensif dengan memberikan fokus kepada peningkatan produktiviti dan kualiti tanaman melalui pengamalan Pengurusan Perosak Bersepadu. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Program AiVAC merupakan satu inisiatif Kerajaan bagi meningkatkan pengambilan vaksinasi dalam kalangan kalangan pesawah, petani, penternak, nelayan, dan pekerja-pekerja serta individu yang terlibat dalam sektor agromakanan yang merupakan salah satu sektor perkhidmatan yang penting.

Tambah beliau, selaras dengan peralihan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang melibatkan pembukaan beberapa sektor, MAFI sentiasa mengambil semua langkah proaktif yang perlu. 

“Ini bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan makanan termasuk pelaksanaan pemberian vaksin kepada semua pekerja dan pengusaha dalam sektor agromakanan di semua peringkat.

“Dengan kerjasama semua pihak, MAFI akan terus memastikan bekalan makanan berada dalam keadaan yang mencukupi serta stabil. MAFI merakamkan penghargaan di atas kerjasama baik oleh Jawatankuasa MAFI Inc. yang dipengerusikan oleh Jabatan Pertanian Negeri melibatkan semua Jabatan dan Agensi di bawah MAFI. 

“Selain sokongan semua pihak yang berkaitan termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat Persekutuan dan Negeri kerana berjaya melaksanakan inisiatif AiVAC,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.